Pempengaruh didenda hampir RM5 juta

Pempengaruh didenda hampir RM5 juta

Pempengaruh didenda hampir RM5 juta
CHIARA Ferragni mempunyai 29.5 juta juta pengikut di Instagram.

Rom: Pempengaruh Itali, Chiara Ferragni, berdepan denda lebih AS$1 juta (RM4.63 juta) atas dakwaan mengelirukan pengikut media sosialnya bagi jualan kek untuk tujuan amal, namun tidak menyumbangkan hasil jualan itu.

Pada November 2022, Ferragni, yang memiliki jenama fesyen dan agensi pemasaran serta hampir 30 juta pengikut di Instagram, bekerjasama dengan jenama pastri Itali, Balocco untuk melancarkan pandoro istimewa.

Pandoro ialah pencuci mulut Krismas yang dibungkus dengan kotak merah jambu dengan memaparkan nama dan logo Ferragni, serta ilustrasi bintang media sosial itu.



Item itu diiklankan di akaun Instagram Ferragni sebagai inisiatif amal yang akan membantu kanak-kanak kanser tulang sedang dirawat di Hospital Regina Margherita di Turin, Itali.

Pempengaruh didenda hampir RM5 juta

Pihak Berkuasa Persaingan Itali menyiasat kempen itu dan mendapati kek edisi khas itu berharga lebih tinggi berbanding kek biasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang




Mereka percaya kempen Ferragni mengelirukan pengguna kononnya harga kek tinggi itu akan membawa kepada sumbangan hospital.

Menurut kenyataan akhbar agensi itu, kek pandoro berjenama itu dijual lebih 9 euro (kira-kira RM46) setiap satu sedangkan biasanya berharga 3.70 euro (kira-kira RM19).

Menurut Pihak Berkuasa, dua syarikat yang dikaitkan dengan Ferragni menerima lebih 1 juta euro atau AS$1.1 juta (kira-kira RM5.1juta) daripada perjanjian itu, manakala satu-satunya sumbangan yang dibuat pada Mei sebelumnya dalam bentuk 50,000 euro (kira-kira RM254,967.28) daripada Balocco.



Akibatnya, Balocco didenda 420,000 euro atau AS$460,000 (kira-kira RM2.13 juta) dan Ferragni dan syarikatnya didenda 1.075 juta euro atau AS$1.1 juta (kira-kira RM5.1 juta).

Susulan itu, pada 18 Disember lalu, Ferragni membuat permohonan maaf di Instagram dan berjanji menyumbang 1 juta euro (kira-kira RM5.1 juta) kepada hospital.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Melayu Boleh Jadi PM Kalau…




Katanya, dia akan berjuang untuk kes itu yang didakwanya tidak tidak seimbang.

Ferragni mula terkenal di media sosial selepas melancarkan blognya ‘The Blonde Salad,’ yang memfokuskan fesyen dan gaya hidup pada 2009.

Ketika itu, Ferragni sedang belajar undang-undang antarabangsa di Universiti Bocconi di Milan, namun menamatkan pengajiannya separuh jalan kerana kerjaya media sosialnya sedang berkembang pesat, lapor The Financial Times.

Pada tahun 2011, dia digelar blogger masa kini dalam artikel Teen Vogue.



Blog Ferragni akhirnya berkembang menjadi agensi bakat dan strategi pemasaran sebelum melancarkan jenama kasut dan fesyen atas namanya sendiri.

Ferragni pertama kali muncul dalam senarai Forbes 30 pada usianya 27 tahun.

Pempengaruh, yang kini berusia 36 tahun itu, dipaparkan dalam kategori seni dan gaya Forbes pada 2015, menonjolkan kejayaan kewangan syarikat kasutnya yang menjual produk di 200 kedai dari 25 negara.

Susulan itu, Ferragni digunakan sebagai kajian kes untuk Harvard Business School yang mengkaji kejayaan blognya.



Selain Instagram, bintang Itali itu mempunyai 6.4 juta pengikut di TikTok yang dia kerap berkongsi video mendokumentasikan kehidupan keluarganya.

Halaman Facebook yang didedikasikan untuk blog asalnya mempunyai lebih 1.2 juta pengikut selain turut memiliki 779,000 pengikut di X.

 

Pempengaruh didenda hampir RM5 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading