Hipokrasi Pemimpin PAS Dalam Politik

Hipokrasi PAS Dalam Politik

Hipokrasi Pemimpin PAS Dalam Politik

Hipokrasi pemimpin PAS dalam politik, sama ada melalui tindakan atau kenyataan mereka adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

Kalau boleh penulis tidak mahu menggunakan perkataan munafik walau pun ada sahabat yang suruh gunakan perkataan yang keras bila menulis tentang pemimpin PAS.

Apa yang boleh penulis katakan ialah menipu adalah salah satu dari ciri manusia munafik sebagaimana yang Rasulullah SAW gambarkan.



2 isu yang paling hangat dalam negara sekarang ini ialah isu bukan Melayu menjadi perdana menteri dan pilihanraya PBT.

Sebagaimana biasa, PAS sememangnya sangat gemar mempolitikkan isu-isu yang berkaitan dengan Melayu dan Islam.

Bagi pemimpin PAS, ia adalah satu bola tanggung percuma yang diberikan oleh musuh mereka.

Dalam isu perdana menteri dari kalangan bukan Melayu, pemimpin PAS lupa, mereka pernah mahu meminda undang-undang tubuh negeri Kelantan.



Kenapa undang-undang tersebut mahu dipinda?

Untuk membolehkan bukan Melayu menjadi Menteri Besar Kelantan.

Tapi menurut pemimpin PAS, ia hanya terpakai kepada golongan bukan Melayu yang beragama Islam sahaja.

Untuk peringatan pemimpin PAS, Mustafa Kemal Ataturk mengaku beragama Islam dan beliau berbangsa Yahudi.



Tetapi lihat apa yang telah beliau lakukan terhadap agama Islam di Turki ketika beliau berkuasa?

Berkenaan isu pilihanraya PBT pula, DAP menganggapnya sebagai suara individu dan tidak mewakili suara parti.

Malah, 50 tahun dahulu, kerajaan sudah memansuhkan pilihanraya PBT mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, sudah membuat kenyataan ianya bukan satu keutamaan kepada kerajaan.



Jadi, apa keperluan Tuan Ibrahim membangkitkan lagi isu tersebut?

Untuk mengadakan pilihanraya PBT, Akta Kerajaan Tempatan 1976 hendaklah dipinda semula dan perlu dibentang, dibahas dan mesti mendapat persetujuan 2/3 ahli parlimen.

UMNO sudah pasti akan menentangnya.

Dan jangan lupa, ianya juga mesti mendapat perkenan dari YDP Agong dan Raja Raja Melayu.



Apakah Tuan Ibrahim fikir Raja Raja Melayu akan memberikan perkenan?

Hipokrasi Pemimpin PAS Dalam Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading