Trump Hilang Kelayakan Bertanding Presiden Amerika

Trump Hilang Kelayakan Bertanding Presiden Amerika

 

Trump Hilang Kelayakan Bertanding Presiden Amerika

Mahkamah Agung Colorado memutuskan Donald Trump hilang kelayakan memegang jawatan presiden.

Ia selaras Perlembagaan Amerika Syarikat (AS) dan Trump juga tidak boleh bertanding dalam pengundian negeri untuk pilihan raya 2024.



Majoriti mahkamah memutuskan Trump hilang kelayakan memegang jawatan presiden di bawah Seksyen Tiga Pindaan Ke-14 Perlembagaan Amerika Syarikat.

Menurut mahkamah adalah menjadi kesalahan di bawah Kod Pilihan Raya untuk Setiausaha Negeri Colorado menyenaraikannya sebagai calon utama presiden.

Dengan keputusan itu, mahkamah membatalkan keputusan mahkamah rendah.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung AS boleh membuat keputusan muktamad.



Mahkamah berkata, keputusan itu akan kekal sementara menunggu sebarang semakan oleh Mahkamah Agung AS.

Seksyen 3 Pindaan ke-14 melarang sesiapa sahaja yang pernah mengangkat sumpah jawatan daripada memegang jawatan awam jika mereka terlibat dalam pemberontakan terhadap AS.

Mahkamah Agung Colorado menjadi mahkamah pertama yang menggunakan Klausa Hilang Kelayakan Pindaan Ke-14 terhadap Trump menjelang pilihan raya presiden 2024.

Sementara itu jurucakap kempen Trump, Steven Cheung berkata, beliau berjanji untuk segera memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung AS.



Beliau juga menyifatkan keputusan 4-3 oleh mahkamah tertinggi negeri itu tidak demokratik.

Saman itu difailkan oleh sekumpulan pengundi Colorado yang berhujah bahawa Trump sewajarnya hilang kelayakan atas peranannya dalam rusuhan Capitol 6 Jan 2021.

Sama ada Trump berjaya mencabar keputusan Mahkamah Agung Colarado, keputusan itu telah mencatat sejarah dalam perundangan di negara Uncle Sam tersebut.

Trump Hilang Kelayakan Bertanding Presiden Amerika

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading