Lelaki maut dilanggar kereta sendiri

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki maut dilanggar kereta sendiri
Insiden kereta bergerak sendiri telah melanggar seorang lelaki sehingga maut. – NEW YORK POST

Seorang lelaki berusia 77 tahun maut selepas dilanggar kenderaannya sendiri  semasa bertengkar dengan pemandu lain di tempat letak kereta di Brooklyn, New York, lapor akhbar New York Post semalam. 

Polis berkata, mangsa meninggal dunia akibat digilis kenderaan itu.



“Iosif Lontsman keluar dari kereta jenama Subaru Forester untuk berhadapan dengan seorang wanita berusia 43 tahun di kawasan letak kereta di Sheepshead Bay sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan),” kata pihak berkuasa tempatan.

Polis menjelaskan, insiden itu berlaku ketika Lontsman keluar dari keretanya dan meninggalkan kenderaan itu dalam mod pemanduan.

Kenderaan itu kemudian bergerak ke hadapan sehingga mangsa tersepit di antara dua buah kereta.

Lontsman mengalami cedera parah di kepala dan dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital NYU Langone. – Agensi



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button