Kenaikan gaji usaha kerajaan imbangi jurang pendapatan

Oleh – Syeikh Baran


Kenaikan gaji usaha kerajaan imbangi jurang pendapatan
Anwar

Langkah kerajaan menaikkan gaji lebih 13 peratus bagi penjawat awam pada Disember tahun ini adalah merupakan usaha mengimbangi jurang pendapatan antara mereka yang berada di gred rendah dan tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman yang dibuat hari ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan mereka dalam kumpulan berpendapatan rendah dan mengurangkan kenaikan bagi mereka yang sudah berada dalam kumpulan berpendapatan tinggi.



“Bagi golongan berpendapatan rendah, kenaikan gaji mereka mungkin mencecah sehingga 25 hingga 30 peratus.

“Saya utamakan golongan berpendapatan rendah dan kurangkan kenaikan gaji bagi golongan berpendapatan tinggi,” katanya dalam program Soal Jawab Perdana Menteri malam ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, itu melibatkan gaji pokok berbanding elaun, dan perincian mengenainya akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum keputusan dibuat.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button