23 penerbangan di Sydney dibatalkan pada Krismas

23 penerbangan di Sydney dibatalkan pada Krismas

23 penerbangan di Sydney dibatalkan pada Krismas
FOTO menunjukkan terminal domestik di Lapangan Terbang Sydney. FOTO fail AFP

Sydney: Sekurang-kurangnya 23 penerbangan keluar dan masuk dari Lapangan Terbang Sydney Australia dibatalkan pada Hari Krismas susulan hujan lebat dan banjir kilat sehari sebelum itu, Xinhua memetik media tempatan pada Isnin.

Papan ketibaan dan pelepasan Lapangan Terbang Sydney menunjukkan pembatalan 23 penerbangan menjelang 7 pagi Isnin (2000 GMT Ahad).

Pembatalan pada Isnin termasuk tujuh penerbangan Virgin, enam Qantas, tiga Jetstar, serta beberapa penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat serantau kecil.



Virgin Australia mengesahkan pembatalan disebabkan cuaca buruk di Sydney dan kawasan sekitar, sejak 24 jam lalu.

23 penerbangan di Sydney dibatalkan pada Krismas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button