Wahai Tun M, Apa Kaitannya Kebenaran Kapal Israel Berlabuh Dengan Perdamaian Palestine & Israel

Wahai Tun M, Apa Kaitannya Kebenaran Kapal Israel Berlabuh Dengan Perdamaian Palestine & Israel

Wahai Tun M, Apa Kaitannya Kebenaran Kapal Israel Berlabuh Dengan Perdamaian Palestine & Israel

Apabila perdana menteri, Anwar Ibrahim, umumkan berkuatkuasa serta merta kerajaan menyekat semua kapal dagang berlabuh di Malaysia, terbongkar sesuatu yang selama ini cuba disembunyikan.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel.

Malah kedatangan pemain kriket Israel di negara kita satu masa dahulu telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.



Kini timbul pula persoalan pada rakyat Malaysia, bila dan siapakah yang membenarkan kapal Israel berlabuh di Malaysia?

Bila Anwar dedahkan kebenaran diberikan pada tahun 2002, dengan sendirinya terjawab siapa yang telah memberi kebenaran.

Mungkin kerana ketiadaan alasan, maka Dr Mahathir memberikan alasan yang langsung tidak munasabah.

Beliau terpaksa akui bahawa beliau telah memberikan kebenaran kepada kapal dagang Israel untuk berlabuh di Malaysia.



Alasan yang beliau berikan adalah kerana ketika itu beliau berharap ianya menjadi pemangkin kepada perdamaian antara Palestine dan Israel.

Namun kini apabila segala-galanya sudah terdedah, Dr Mahathir membuat u-turn.

Kononnya beliau menyokong sepenuhnya larangan kerajaan untuk kapal Israel berlabuh di Malaysia.

Kerana kononnya menurut Dr Mahathir, Zionis Yahudi kini sudah hilang kemanusiaan.



Realitinya, regim Zionis Yahudi sudah hilang sifat kemanusiaan lebih dari 7 dekad yang lalu.

Dan pembunuhan ramai-ramai rakyat Palestine oleh regim Zionis Yahudi yang berlaku sekarang bukanlah kali pertama.

Sudah berkali-kali regim Zionis Yahudi bertindak kejam terhadap rakyat Palestine yang tidak berdosa.

Apakah selama menjadi perdana menteri selama 22 tahun Dr Mahathir tidak tahu mengenai perkara ini?



Penulis juga tidak nampak bagaimana memberi kebenaran kepada kapal Israel berlabuh di Malaysia boleh membantu usaha damai antara Palestine dan Yahudi.

Yang penulis nampak, ianya akan merancakkan ekonomi Israel di bidang industri perkapalan.

Dan sebahagian dari hasil industri tersebut pasti akan digunakan untuk perbelanjaan ketenteraan untuk membunuh rakyat Palestine.

Berhentilah dari terus membodohkan rakyat.



Wahai Tun M, Apa Kaitannya Kebenaran Kapal Israel Berlabuh Dengan Perdamaian Palestine & Israel

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button