Mana Umi, Kenapa Lambat Balik – Di Mana Bella

Mana Umi, Kenapa Lambat Balik - Di Mana Bella

Mana Umi, Kenapa Lambat Balik – Di Mana Bella

Kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak hampir dua minggu lalu masih menimbulkan misteri.

Pelbagai usaha telah dijalankan termasuk bantuan pihak polis bagi mengesan kedudukannya.

Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia empat tahun itu dilaporkan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam pada 14 Disember lalu.



Beliau dikatakan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

Selain itu mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

Bella Tidak Ke Kedai Dobi

Paling mengejutkan, pakaian yang diletakkan dalam bakul yang sepatutnya mahu dicuci di kedai dobi itu ditemui dalam rumah Bella pada keesokan hari selepas dia dilaporkan hilang.



Kehilangan Bella menyebabkan ahli keluarganya membuat dua laporan polis pada 16 dan 18 Disember lalu di IPD Batu Pahat.

Kakaknya, Norhisham Samsusah, 36, berkata pihak polis meminta ahli keluarga bersabar memandangkan siasatan mengenai kehilangan Bella masih berjalan.

“Beberapa hari lalu, saya dimaklumkan oleh polis ada perkembangan mengenai Bella, cuma tidak dijelaskan secara lanjut apa yang dimaksudkan”.

“Saya kenal adik saya dan ada kemungkinan, dia masih berada dalam daerah ini, cuma kami tak tahu di mana lokasinya”.



“Baru-baru ini, polis ada meminta barang milik Bella seperti berus gigi untuk siasatan lanjut,” katanya.

Bella sebenarnya tidak menuju ke kedai dobi di Simpang Rantai, di sini, sebaliknya melencong ke arah lain bersama teman lelakinya berusia 24 tahun.

Ia berdasarkan rakaman CCTV di premis itu yang tidak melihat langsung kelibat Bella pada hari kejadian.

Disebabkan timbul persoalan berhubung penemuan baju kotor itu, beliau menemui jiran Bella untuk memeriksa CCTV.



Jelas kelihatan teman lelakinya sedang mengangkat bakul berisi baju masuk ke dalam rumah Bella.

Apa yang menimbulkan keraguan ialah pada hari terbabit, aplikasi penjejak telefon bimbit Bella menunjukkan lokasi terakhirnya di hadapan rumahnya.

Sesiapa yang ada maklumat tentang Bella diminta menghubungi IPD Batu Pahat bagi membantu siasatan.

Mana Umi, Kenapa Lambat Balik – Di Mana Bella

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button