Muhyiddin balik dari London bawa menantu pulang?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Muhyiddin balik dari London bawa menantu pulang?

Dalam suasana ‘panas’ ramalan kerajaan akan bertukar sebelum akhir 2023, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangkakan balik dari London dan membawa pulang menantu, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.



Muhammad Adlan yang menjadi buruan SPRM telah bertindak ke luar negara antara 17 Mei dan 21 Mei 2023.

Beliau berbuat demikian bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai Mansoor Saat yang merupakan seorang peguam.

Tindakan tersebut dilakukan bagi mengelakkan tindakan SPRM. Bagaimanapun, sehingga hari ini, keduanya masih gagal melaporkan diri kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

Muhyiddin balik dari London bawa menantu pulang?
Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.

Malah, nama keduanya telah diserahkan kepada Interpol dan telah dimasukkan dalam notis merah.



Muhammad Adlan Berhan, dan seorang lagi lelaki iaitu Mansoor Saat, 69, masih gagal tampil membantu siasatan SPRM selepas menghilangkan diri sejak Mei lalu.

Keberadaan menantu Pengerusi Perikatan Nasional itu tidak dapat dipastikan pihak berkuasa selepas mereka mendiamkan diri serta tidak membalas setiap kali dihubungi pegawai penyiasat.

SPRM juga ada cuba menghubungi mereka melalui peguamnya tetapi gagal kerana tidak memberi kerjasama yang baik. – Laporan 3/10/2023

Muhyiddin Yassin yang bercuti bersama keluarga di UK dikatakan turut berusaha memujuk menantunya untuk menyerah diri kepada SPRM. Sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut tidak dapat disahkan lagi.



Beliau telah memohon agar passportnya diserahkan bagi membolehkannya membawa keluarga bercuti di London. Cuma, perbezaan percutian tahun ini, tiada sebarang foto percutian dinaikmuat oleh mana-mana ahli keluarga Muhyiddin sepertimana lazim dilakukan sebelum ini.

Mengapa menantunya begitu ‘takut’ berdepan SPRM jika mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan? Muhyiddin sendiri kini berdepan dengan pendakwaan di Mahkamah dan bergelar ‘Kluster Mahkamah’.

Berjayakah Muhyiddin untuk memujuk menantunya pulang ke Malaysia?

 



 

 

 

 



 

 

 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button