‘Kartel Tun’ menentukan hala tuju politik negara?

Oleh – Bakhtiar Omar


'Kartel Tun' menentukan hala tuju politik negara?

Semalam, Tun Mahathir mencabar agar SPRM menyiasat semua sumber kekayaan individu yang bergelar ‘Tun’ di Malaysia.



Dipercayai Mahathir sebenarnya tidak senang duduk apabila salah seorang ‘kroni’ beliau disiasat SPRM sehingga membawa kepada penyitaan sebuah bangunan.

Saranan Mahathir semalam membuka lembaran baru dalam pemahaman ‘Kartel Tun’ yang selama ini menjadi sebahagian dari ‘tangan ghaib’ menentukan hala tuju politik negara.

Adakah benar ‘Kartel Tun’ memainkan peranan besar dalam menentukan perjalanan politik negara menerusi pengaruh gelaran dan kekayaan yang dimiliki?

Benarkah ‘Kartel Tun’ juga sanggup mengeluarkan belanja besar dalam memastikan kerajaan mengikut telunjuk mereka?



‘KARTEL TUN’ BIJAK POLITIK, TETAPI MASIH BERFIKIRAN ORTODOKS

'Kartel Tun' menentukan hala tuju politik negara?

Mahathir mungkin nampak sebagai seorang ‘genius politik’, namun beliau tidak pernah mengubah taktikal politiknya selari dengan perubahan zaman.

Sehingga satu tahap, Mahathir lupa ada ‘Ketua Undang-Undang’ yang bergelar ‘Tun’ masih menyandang jawatan tersebut dan disebabkan cabaran Mahathir, maka eloklah siasatan dilakukan SPRM.

Ini berikutan beberapa tindakan ‘Tun’ itu tidak menampakkan beliau telus, tidak berat sebelah dan tidak memihak sesiapa dalam hal membabitkan perundangan.



 

Persoalan besar yang perlu dijawap Mahathir ialah adakah Tun Siti Hasmah juga ‘wajib’ disiasat SPRM tentang sumber kekayaannya?

Adakah Mahathir sendiri berani mengisytihar sumber kewangan beliau tanpa menyembunyikan langsung ‘harta’ yang diletakkan atas nama proksi?



Perlu diingatkan, Mahathir sangat licik dalam menyediakan jawapan untuk setiap persoalan berkisar mengenai sumber kewangannya dan milikan harta beliau.

 

'Kartel Tun' menentukan hala tuju politik negara?

Terkini, menerusi ‘X’ ada hantaran mengaitkan ‘Kartel Tun’ dengan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sebelum 2023 berakhir.



Semua ini dipercayai ada kaitan dengan siasatan yang dilakukan SPRM dan tindakan terdesak perlu diambil oleh ‘Kartel Tun’ untuk memastikan jejak sumbang mereka tidak diheret ke Mahkamah.

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading