Tahniah Kepada Rakyat Terengganu

Tahniah Kepada Rakyat Terengganu

Tahniah Kepada Rakyat Terengganu

Tentu kita masih ingat lagi tahun lepas, ketika seluruh Terengganu dilanda banjir, menteri besarnya, Dr Samsuri, pergi bercuti bersama keluarga di Auckland, New Zealand.

Puas jugalah menjalankan misi Jejak Kasih untuk mengesan ke mana hilangnya Dr Sam ketika itu.

Bukan apa, manalah tahu kalau-kalau dihanyutkan banjir atau tidur dalam gua macam kisah Ashabul Hadi.



Tapi alhamdulillah, berkat usaha misi Jejak Kasih yang dijalankan seluruh negara, akhirnya dapat dijejaki keberadaan Dr Sam.

Sihat rupanya beliau bersama-sama keluarga tercinta.

Katanya masa dijumpai beliau sedang bermain salji bersama-sama keluarga.

Kira okeylah, rakyat Terengganu bergelut menyelamatkan harta dan nyawa, menteri besarnya bermain salji bersama keluarga.



Air banjir dengan salji kan tak banyak beza, kedua-duanya berasal dari air.

Cuma satu berkeadaan asal, cecair, dan satu lagi dalam bentuk pepejal lembut.

Kini, Terengganu sekali lagi dilanda banjir besar.

Hampir seluruh negeri Terengganu dikatakan telah ditenggelami air.



Muncul satu lagi isu tentang pentadbiran Dr Sam di Terengganu.

Kerajaan Terengganu dilaporkan telah membeli 10 buah kenderaan mewah SUV untuk kegunaan EXCO Kerajaan Terengganu.

Secara anggaran kasar, kalau satu SUV Mazda berharga RM183,000, 10 SUV Mazda C5 adalah RM1.83 juta sahaja.

SUK Terengganu, Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal kata, perkara ini tidak perlu dipolitikkan sebab ianya dari bajet tahun lepas yang sudah diluluskan.



Dalam artikata lain, yang orang sakit hati apa kes?

Tentang keperluan mendesak membeli SUV tersebut, biar penulis jawab.

Dah tahukan sekarang ini musim banjir, jadi bolehlah EXCO Terengganu tolong JPAM atau Bomba bawa mangsa banjir.

Ini membuktikan betapa perihatinnya EXCO Terengganu terhadap rakyat mereka, kira okeylah tu.



Tapikan, kalau RM1.83 juta digunakan untuk munafaat rakyat, agak-agaknya berapa banyak Rumah Mesra Rakyat Terengganu dapat dibina.

Berapa panjang tebatan banjir boleh dibina?

Lupa pula, itu kena guna duit kerajaan pusat, tugas EXCO cuma klaim kredit.

Apa pun tahniah rakyat Terengganu kerana pandai memilih pemimpin.



Tahniah Kepada Rakyat Terengganu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button