Langkah Dubai sebenarnya perancangan Langkah Seribu?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Langkah Dubai sebenarnya perancangan Langkah Seribu?

Heboh dunia poltik Malaysia dengan kisah Langkah Dubai yang disebut akan menyebabkan kerajaan bertukar kepimpinan. 



Sebaliknya, Langkah Dubai rupanya adalah perancangan Langkah Seribu ahli politik yang banyak membuat onar ketika berkuasa.

Semua tertanya siapa sebenarnya perancang Langkah Dubai yang banyak menimbulkan huru-hara spekulasi politik Malaysia.

Ada beberapa nama besar dikaitkan dengan kisah Langkah Dubai namun sudah ada penafian-penafian dilakukan ahli-ahli politik terkait.

Namun demikian, sebalik semua ini ada perancangan yang lebih besar dari Langkah Dubai namun masih lagi dalam risikan.



Ada persetujuan antara mereka yang terlibat telah lama dicapai semasa pertemuan dalam negara dan Dubai hanya digunakan sebagai kod untuk mengelirukan penganalisa serta pemerhati politik.

Langkah Dubai sebenarnya perancangan Langkah Seribu?

Menurut sumber risikan yang masih belum dapat disahkan, sudah ada 115 ahli parlimen telah bersetuju untuk menumbangkan kerajaan tetapi ada ura-ura menyatakan jumlah tersebut sudah menyusut berikutan tindakan melibatkan siasatan SPRM.

‘Penyumbang Dana’ untuk gerakan tersebut dikatakan berada dalam radar pemerhatian SPRM dan ini menyebabkan mereka yang telah bersetuju bersama terpaksa mengambil jalan berhati-hati kerana enggan menerima padah tindakan Undang-Undang.



Langkah Seribu yang dibuat ahli politik terkait dilakukan dengan tidak cermat mengakibatkan spekulasi timbul mengenai penglibatan mereka dalam Langkah Dubai sememangnya benar.

Ini di tokok tambah dengan hebahan oleh pempengaruh (Influencer) yang disyaki menerima upah puluhan ribu ringgit hanya untuk menyebarkan kononnya kerajaan sudah hilang jumlah sokongan.

Mereka juga menyebar cerita penglibatan seorang bekas PM dalam percaturan bagi merealisasikan semua perancangan yang dibuat sebelum kisah Langkah Dubai dijadikan topik politik.

Prior to that, it was also reported that a member of parliament from an east coast state and his aide were also expected to be summoned to assist in an investigation under the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (Amla) and the MACC Act 2009.



The report suggested that one of these individuals had purportedly awarded public-funded projects during his tenure.

These inquiries follow the MACC’s ongoing investigation into former finance minister Daim Zainuddin. – NST – 2/1/2024

Spekulasi lain pula mengaitkan pertemuan serta persetujuan sulit seorang ahli politik dari selatan tanahair untuk menutup siasatan berkaitan pertukaran hak milik tanah serta kontrak pembelian aset berkaitan ketenteraan dengan seorang lagi bekas pemimpin.

Rujukan – The Next Big Fish To Be Hauled – RM4.886 Billion Worth Of The Scandalous Land Swap Deals



An official of the Defence Ministry today lodged 14 reports with the MACC over questionable procedures surrounding 16 land swap deals involving real estate of the ministry. – Report on 16/5/2019

Benarkah semua perancangan dalam Langkah Dubai sebenarnya Langkah Seribu bagi menyelamatkan ‘tengkuk’ ahli politik yang banyak membuat onar ketika berkuasa?

Adakah dakwaan tindakan siasatan yang dilakukan bersifat ‘balas dendam’ dan bermotifkan politik?

Biarlah pihak sepatutnya lakukan siasatan dan jika tidak membuat kesalahan usah gentar dan takut.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button