1MDB – Berani atau tidak Pendakwaraya panggil Sultan jadi saksi?

Oleh – Bakhtiar Omar


1MDB - Berani atau tidak Pendakwaraya panggil Sultan jadi saksi?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dimaklumkan penubuhan  Terengganu Investment Authority-TIA ( kemudiannya dikenali sebagai 1MDB ) telah dititahkan oleh DYMM Sultan Terengganu menerusi sepucuk warkah.



Saksi Saksi penyiasat SPRM Puan Aida Ariffin – Penguasa Kanan SPRM, berkata demikian semasa membacakan keterangan beliau.

Saksi membacakan kronologi penubuhan TIA yang membawa kepada kewujudan 1MDB.

Tan Sri Shafee Abdullah bangun membantah keterangan saksi kerana tiada dokumen atau warkah berkaitan disertakan oleh pihak Pendakwaan ataupun saksi bagi menyokong kenyataan tersebut.

1MDB - Berani atau tidak Pendakwaraya panggil Sultan jadi saksi?



Shafee meminta agar pihak Pendakwaan mengemukakan warkah berkenaan bersama keterangan saksi bagi menyokong fakta kes.

Shafee menyatakan apa yang dibacakan saksi seolah telah ada kesimpulan menunjukkan tertuduh, Dato Sri Najib Razak bersalah atas dakwaan yang dikemukakan walau Mahkamah belum memutuskan apa-apa lagi.

Hakim menerima bantahan tetapi berlaku sedikit perselisihan pendapat antara Pendakwaraya, Peguam dan Hakim mengenai keterangan saksi.

Persoalannya, beranikah pihak Pendakwaan memanggil Sultan Terengganu ke Mahkamah sebagai saksi mengenai warkah yang dinyatakan saksi?



Pihak Pendakwaan perlu untuk membuktikan warkah berkenaan benar-benar telah diutuskan Sultan Terengganu memandangkan ia dijadikan keterangan dalam Mahkamah.

Perbicaraan bersambung pada 5 Januari 2024.

 

 



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading