Jiran minta ‘kata laluan’ untuk akses wifi secara percuma

Oleh – Editor


Jiran minta 'kata laluan' untuk akses wifi secara percuma

Satu klip video mengenai permintaan seorang warga emas kepada jirannya mencuit hati banyak pihak. Warga emas berkenaan meminta ‘kata laluan’ untuk mengakses wifi jiran beliau secara percuma.



Melucukan sekali apabila warga emas tersebut mengakui beliau telah menggunakan wifi jirannya secara percuma selama lebih dari 2 tahun.

Apabila jirannya bertindak memasang ‘kata laluan’, beliau tidak lagi dapat mengakses internet menerusi wifi dan ini menimbulkan konflik antara warga emas dan jirannya.

Warga emas berkenaan menyatakan bagi menyelesaikan masalah tersebut, beliau memberi dua pilihan kepada jirannya samada memberi kata laluan kepadanya atau tidak menggunakan sebarang kata laluan untuk wifi.

Jiran itu terpaksa menggunakan kata laluan kerana mendapati akses internet di dalam rumahnya sangat perlahan dan menyebabkan banyak masalah timbul.



Warga emas itu berpendapat akses wifi memang milik jirannya tetapi hanya dalam rumah dan akses wifi yang berlegar di luar kediamannya adalah milik awam dan beliau berhak menggunakannya.

Bayangkan jika anda berada di dalam situasi jiran tersebut. Apa tindakan anda selanjutnya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button