Wanita Sejati Bersuara Jantan Hanya Satu Dalam Sejuta

Wanita Sejati Bersuara Jantan, Satu Dalam Sejuta

Wanita Sejati Bersuara Jantan Hanya Satu Dalam Sejuta

 

Hanya kerana memiliki suara garau, dia sering disalah anggap malah ada yang menyangka dia lelaki.

Bagaimanapun, sebenarnya Nurnazrah Abd Samat , 21, adalah wanita sejati yang mempunyai keunikan tersendiri apabila suaranya garau seperti lelaki sejak berusia 18 tahun.



Beberapa videonya mendapat perhatian di TikTok dan aplikasi X yang ramai netizen menyangka dia lelaki berpakaian wanita.

Ada juga yang menganggap beliau menggunakan aplikasi alih suara untuk kandungan video di akaun sosial itu.

Ejen hartanah itu berkata, dia dilahirkan sebagai wanita yang cukup sifat.

Dan mengalami perubahan episod keremajaan sama seperti wanita, malah mengakui suaranya juga seperti perempuan sebelum ini.



Menurutnya, perubahan suara seperti lelaki berlaku ketika dia berusia 18 tahun.

Namun setahun sebelum itu suaranya sudah mula pecah dan garau sebelum akhirnya terus garau seolah-olah suara lelaki dewasa.

“Saya pun tiada jawapan kenapa suara saya boleh berubah seperti ini”.

“Ada juga ada berjumpa doktor, tetapi ia tidak mempunyai masalah termasuk kotak suara atau tonsil”.



“Jadi saya terima saja pemberian Allah SWT dengan lapang dada”.

“Mungkin juga suara saya pecah dan garau sebab suka menyanyi lagu yang bernada tinggi, menjerit yang mungkin memberi kesan kepada suara saya”.

“Tetapi tak apalah asalkan saya ada suara dan boleh bercakap”.

“Saya dijaga ibu dan ayah sejak berusia dua tahun selepas mereka mengambil saya yang ketika itu ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Pahang”.



“Jadi mereka tahu siapa saya dan sebab itu apa saja komen orang saya tak ambil peduli”.

“Biasanya kalau saya bercakap, orang akan toleh dua kali sebab terkejut saya berwajah wanita dan bertudung, tetapi suara seperti lelaki,” jelas beliau.

Wanita Sejati Bersuara Jantan Hanya Satu Dalam Sejuta

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button