Selepas Dubai Move Gagal, PAS Catur Sanusi Move

Selepas Dubai Moved Gagal, PAS Catur Sanusi Moved

Selepas Dubai Move Gagal, PAS Catur Sanusi Move

Sebelum Perikatan Nasional memulakan Dubai Move, mereka terlebih dahulu sudah cuba menjatuhkan kerajaan dengan London Move.

Tetapi, sebagaimana London Move, Dubai Move juga gagal untuk merealisasikan angan-angan Mat Jenin Perikatan Nasional.

Kalau London Move hanya melibatkan Muhyiddin sebagai perancang utama, tetapi Dubai Move didalangi oleh sifu Muhyiddin, Dr Mahathir.



Jadi tidak hairan mengapa Perikatan Nasional merasa lebih yakin Dubai Move akan dapat menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Dr Mahathir memang dikenali sebagai seorang pakar dalam menjatuhkan perdana menteri, itu tidak dapat dinafikan.

Bermula dari Almarhum Tunku Abdul Rahman, kemudian Hussien Onn, Pak Lah dan seterusnya DS Najib.

Penulis dimaklumkan, tersungkurnya Muhyiddin dari kerusi perdana menteri juga ada campurtangan dari Dr Mahathir.



Tetapi Dr Mahathir dan Perikatan Nasional yang di dalamnya ada the so called ulamak PAS lupa, siapakah yang mempunyai kuasa yang mutlak di alam ini.

Tidak dapat menerima kenyataan Dubai Move sudah gagal, Sanusi cuba memberikan semangat kepada Perikatan Nasional supaya meneruskan langkah menumbangkan kerajaan.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Dalam satu sidang media, Sanusi melahirkan ‘keyakinan’ bahawa Kerajaan Perpaduan pasti akan tumbang sebelum PRU 16.

Malah Sanusi mendakwa kerajaan yang ada sekarang akan tumbang selewat-lewatnya pada akhir bulan ini.

Namun, sesuatu yang Sanusi tidak sedar, beliau sebenarnya telah mengesahkan Dubai Move memang berlaku dan bukan sekadar khabar angin.

Cuma penulis tidak pasti, formula matematik mana yang Sanusi guna pakai untuk menyokong ‘keyakinan’ beliau.



Perikatan Nasional kini hanya mempunyai sokongan 69 ahli parlimen di Dewan Rakyat.

Sekiranya mereka mahu menumbangkan kerajaan sekarang, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sokongan dari 43 ahli parlimen di blok kerajaan.

Apakah Perikatan Nasional berpendapat majoriti sokongan 2/3 ahli parlimen masih lagi dianggap rapuh dan mampu menggugat kerajaan?

Selepas Dubai Move Gagal, PAS Catur Sanusi Move

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading