PPBM Di Pinggirkan Dalam Langkah Dubai
PPBM Di Pinggirkan Dalam Langkah Dubai
Walau pun cerita mengenai Langkah Dubai semakin kurang mendapat perhatian, namun pemimpin PAS dilihat masih terus menghangatkannya.
Hujung minggu lepas, tular di media sosial, kononnya pihak Perikatan Nasional telah mengeluarkan satu kenyataan media.
Kenyataan media tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainuddin.
Dalam kenyataan media tersebut, Perikatan Nasional telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada YDP Agong kerana kononnya sudah memperkenankan wakil Perikatan Nasional mengadap.
Wakil tersebut dikatakan akan membawa surat akuan bersumpah (SD) dari 118 ahli parlimen yang telah bersetuju memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional.
Namun, tidak lama selepas itu, Hamzah sendiri telah menafikan kesahihan perkara tersebut.
Manakala di media sosial pula, youtuber pro PAS, Raja Petra Kamaruddin, pula cuba membuat spekulasi baharu.
Beliau mendakwa Hadi Awang yang kini berada di IJN, enggan berjumpa perdana menteri yang datang melawat beliau.
Spekulasi yang cuba diwujudkan adalah Anwar Ibrahim cuba memujuk Hadi Awang supaya tidak meneruskan Langkah Dubai.
Tetapi usaha Anwar itu telah ditolak mentah-mentah oleh Hadi Awang.
Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi pemimpin PAS, Sanusi Md Nor, cuba meyakinkan rakyat bahawa Langkah Dubai ‘pasti’ menjadi kenyataan selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Pada pandangan penulis, sebenarnya ada sesuatu yang tidak kena mengenai Langkah Dubai.
Mengapa hanya pemimpin PAS sahaja yang banyak membuat kenyataan mengenai Langkah Dubai?
Agak menghairankan, pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin, tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai Langkah Dubai.
Begitu juga pemimpin PPBM yang lain.
Tidak ada sebarang komen atau kenyataan yang mereka keluarkan.
Apakah PPBM telah diketepikan sepenuhnya dalam Langkah Dubai?
Sekiranya benar, ini bermakna telah berlaku keretakan yang serius dalam Perikatan Nasional antara PPBM dan PAS.
Sedangkan keretakan dalaman Perikatan Nasional mereka tidak dapat tangani, mampukah mereka ‘menyelamatkan’ negara sebagaimana yang didakwa?
PPBM Di Pinggirkan Dalam Langkah Dubai
Di Syorkan Untuk Anda:
- Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?
- UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh
- Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau