Antara Dr Samsuri dan Muhyiddin, siapa layak jadi PM 11?

Oleh – Bakhtiar Omar


Antara Dr Samsuri dan Muhyiddin, siapa layak jadi PM 11?

Dilemma Perikatan Nasional yang terbesar ialah memilih antara Dr Samsuri dan Muhyiddin Yassin, siapa paling layak untuk diangkat sebagai PM Ke-11.



Muhyiddin Yassin, selain menjadi Presiden BERSATU, beliau juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional dan berpengalaman sebagai PM.

Perjalanan politik yang panjang Muhyiddin nampak matang dan sesuai untuk sekai lagi menjadi Perdana Menteri sekiranya gerakan menjatuhkan Anwar Ibrahim berjaya dilaksanakan.

Pengalaman berada dalam politik bersama Mahathir amat berguna sebagai panduan bagi Muhyiddin untuk mengelakkan sejarah lama berulang.

Manakala Dr Samsuri yang menang PRK Kemaman pula dinilaikan sebagai pimpinan baru yang lebih segar untuk jawatan PM.



Antara Dr Samsuri dan Muhyiddin, siapa layak jadi PM 11?

Latar belakang akademik serta pegangan Islamik PAS yang dimiliki Dr Samsuri dikatakan berjaya menawan hati anak muda serta penyokong PN.

Sebagai Menteri Besar Terengganu, beliau telah berjaya membawa kemajuan yang jauh lebih baik dari Barisan Nasional di Terengganu. Malah, kejayaan PAS Terengganu menyapu bersih kesemua kerusi DUN Terengganu juga dijadikan penanda aras kejayaan Dr Samsuri.

Tidak kurang juga kejayaan Muhyiddin untuk dirujuk para penyokong PN. Biarpun ada pendakwaan berkait Jana Wibawa terhadap Muhyiddin, beliau yakin pertuduhan di Mahkamah adalah bermotifkan politik, malah yakin beliau tidak bersalah.



Lihat sahaja sepanjang pentadbiran Muhyiddin sebagai PM. Negara mengalami ‘haba’ ekonomi yang teruk selain peningkatan hutang negara yang agak teruk.

Belum lagi diambil kira kejayaan menutup pintu Parlimen dan mengelakkan segala perbelanjaan dari dibahaskan menggunakan alasan darurat.

Antara Dr Samsuri dan Muhyiddin, siapa layak jadi PM 11?

PAS juga berjaya membuktikan mereka lebih diterima rakyat serta pengundi berbanding BERSATU. 4 negeri yang berada di bawah penguasaan PAS menjadi bukti parti itu jauh lebih baik dari BERSATU.



Penyertaan dua nama besar bekas pemimpin Umno ke PAS turut membantu populariti PAS di mata rakyat. Shahidan Kassim dan Annuar Musa kini dianggap sebagai aset untuk PAS.

‘Langkah Dubai’ yang dihebohkan merupakan antara platform untuk menguji populariti kedua pemimpin ini. Siapa yang akan menjadi pilihan untuk diangkat sebagai PM Ke-11?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button