Kronologi Kecanduan PN Terhadap Kerajaan Tebuk Atap

Kronologi Kecanduan PN Terhadap Kerajaan Tebuk Atap

Kronologi Kecanduan PN Terhadap Kerajaan Tebuk Atap

Keterdesakan Perikatan Nasional untuk jatuhkan kerajaan bukan sebab tempoh YDPA Al-Sultan Abdullah akan tamat.

Keterdesakan ini kerana untuk mengelak mereka didakwa dan harta yang mereka ambil secara salah sejak 30 lalu disita kerajaan.

Dr Mahathir dan puak kartel marah dengan tindakan yang mendenda kartel ayam hampir setengah billion atau lebih tepat RM 415 juta.



Belum kira lagi projek-projek kroni yang disemak semula dan dinilai balik.

Inilah yang Atok dan geng Tebuk Atap takut sangat.

Untuk menutup ketakutan mereka, maka dicipta ‘zikir’ kerajaan gagal, ekonomi teruk, untuk diratib penyokong tegar mereka.

Tetapi bila ditanya secara khusus apa yang gagal, apa yang teruk, mereka gagal memberikan hujah yang bernas.



Kecanduan Yang Tiada Ubat

@acik.mantera

♬ original sound – aCiK.manTera – aCik.manTera

 

Disebabkan terlalu ghairah untuk mendapatkan kuasa melalui tebuk atap, maka geng Tebuk Atap sudah kecanduan.



Berikut senarai kecanduan mereka:

  1. Nov 2022 – Dah cukup jomlah
  2. Dec 2022 – Kerajaan Perpaduan tidak kukuh dan bila-bila masa akan tumbang
  3. Januari 2023 – Kerajaan Perpaduan akan tumbang hujung Januari
  4. Februari 2023 – Kerajaan Perpaduan akan tumbang bulan ini (Februari)
  5. Mac 2023 – Kerajaan Perpaduan akn tumbang pada bulan puasa.
  6. Mei 2023 – Kerajaan Perpaduan akan tumbang selepas Hari Raya, perdana menteri cabar undian di parlimen tapi geng Tebuk Atap tidak berani
  7. Jun 2023 – GPS akan sertai Perikatan Nasional, perdana menteri akan bertukar pada Julai, tetapi GPS nafikan bersama Perikatan Nasional
  8. Julai 2023 – Sekali lagi sudah cukup jomlah, Kerajaan Perpaduan akan tumbang September
  9. Ogos 2023 – Kerajaan Perpaduan akan tumbang bila-bila masa
  10. Oktober 2023 – Ahli parlimen UMNO akan tarik sokongan dan Kerajaan Perpaduan akan tumbang
  11. November 2023 – Perdana Menteri sudah hilang majoriti, kerajaan akan bertukar
  12. Disember 2023 – Petang Jumaat kerajaan akan bertukar
  13. Disember 2023 – Langkah Dubai, pemimpin-pemimpin sudah bersepakat bersetuju
  14. Januari 2024 – MB Kedah terpaksa beritahu kononnya dia tahu tarikh kerajaan akan tumbang
  15. Januari 2024 – RPK beritahu dia sudah ada senarai mereka yang akan serah SD
  16. Hari ini dan In Sya Allah sampai akhir penggal – Kerajaan yang memerintah masih kerajaan yang sama

Istilah ketagihan @ kecanduan kepada sesuatu benda atau perkara tidak hanya diguna pakai kepada penagih dadah sahaja.

Tetapi ianya juga digunakan terhadap individu atau kelompok yang tidak boleh hidup tanpa melakukannya atau memperolehinya.

Contoh terbaik, lu fikirlah sendiri…😜😜😜



Kronologi Kecanduan PN Terhadap Kerajaan Tebuk Atap

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button