Kartel Impot Warga Asing Di Dedahkan

Kartel Impot Warga Asing Di Dedahkan

Kartel Impot Warga Asing Di Dedahkan

Lebih 100 syarikat dipercayai didalangi warga Bangladesh dikesan beroperasi di negara ini untuk membawa masuk rakyat dari negara tersebut.

Warga Bangladesh tetap akan dibawa masuk meskipun tiada permintaan daripada majikan di Malaysia.

Syarikat berkenaan tidak berfungsi seperti firma perniagaan biasa, sebaliknya didakwa hanya diuruskan runner rakyat negara itu di sini.



Modus operandi syarikat adalah menggunakan rakyat Malaysia sebagai pemegang saham utama, dengan warga Bangladesh hanya memegang 49 peratus sahamnya.

Ada antara mereka mendaftarkan perniagaan syarikat atas nama isteri rakyat tempatan yang dikahwini selepas beberapa tahun menetap di negara ini.

Syarikat ini dikatakan menjadi ejen mencari majikan tempatan yang memerlukan pekerja atau mengupah majikan untuk memohon pekerja asing dari Bangladesh.

Ini telah menjadi punca kepada kebanjiran sehingga lebih 500,000 warga asing masuk tanpa pekerjaan.



Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (PUSMA) telah mengesan kewujudan banyak syarikat asing seperti itu sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Perkara tersebut telah dibawa kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada Disember tahun lalu untuk tindakan lanjut.

Ia juga menjadi persoalan, kenapa syarikat berkenaan boleh wujud dan menjalankan perniagaan secara terbuka.

Atas kertas mereka ini (rakyat Bangladesh) mempunyai 49 peratus saham syarikat, tetapi sebenarnya merekalah pemilik sebenar syarikat itu.



Rakyat kita yang menjadi pengarah dan pemilik saham terbesar hanya wayang untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Syarikat ini adalah ejen yang membawa masuk rakyat Bangladesh ke Malaysia kerana mereka tahu jalan mudah untuk membuat duit menggunakan kepincangan dalam sistem di negara ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair berkata ada kartel yang melindungi syarikat tersebut.

“Menjadi persoalan mengapa syarikat ini boleh wujud dan kenapa mereka hanya menumpukan kepada negara Bangladesh sahaja”.



“Sedangkan Malaysia membenarkan pekerja daripada 14 negara lain untuk dibawa masuk”.

“Ini disebabkan hanya Malaysia yang ‘berminat’ untuk membawa rakyat Bangladesh,” jelas beliau.

Kartel Impot Warga Asing Di Dedahkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading