Ketukan Misteri Tengah Malam Muncul Kembali

Ketukan Misteri Tengah Malam Muncul Kembali

Ketukan Misteri Tengah Malam Muncul Kembali

“Selepas 3 kali pintu diketuk, terdengar tombol pintu pula dipulas”.

“Selepas dengar ketukan dan tombol pintu dipulas, saya terus bangun dan buka lampu”.

“Namun tidak berani untuk buka pintu kerana bimbang jika ada perkara yang tidak diingini berlaku”.



“Saya kemudiannya meninjau melalui tingkap, namun tidak nampak sebarang kelibat”.

“Selepas itu saya memang tidak dapat tidur sebelum ibu yang tidur di bilik lain terjaga jam 4.30 pagi dan bertanya apa yang terjadi”.

“Ia betul-betul dekat dengan tempat saya tidur dan dapat dengar dengan jelas,” kata Nafisah Mohd Sahabuddin, 38, penduduk Kampung Kepis Ulu, Kuala Pilah.

Misteri ketukan pintu itu kini menghantui penduduk Kepis Ulu dan sehingga awal pagi tadi.



Sekurang-kurangnya 13 rumah menerima tetamu tidak di undang itu sejak malam 31 Disember lalu.

Sementara itu, Hasdi Abu Hasan, 52, berkata, rumahnya diganggu ketukan misteri sebanyak dua kali masing-masing pada malam 31 Disember dan 2 Januari lalu.

“Saya difahamkan rumah saya adalah kediaman pertama yang diganggu ketukan misteri di kawasan ini”.

“Kedua-dua kejadian berlaku ketika saya tiada di rumah, namun diceritakan anak dan ibu saya”.



“Apa yang membuatkan saya hairan, di kawasan rumah saya terdapat dua anjing”.

“Namun ketika kedua-dua kejadian, haiwan berkenaan membisu,” jelas beliau.

Pengerusi JPKK Kampung Kepis Ulu, S Afendi Baharuddin berkata, dia meminta bantuan Rela dan polis untuk menjalankan rondaan.

“Setakat malam tadi, kami difahamkan sudah 16 rumah yang mengalami kejadian sama”.



“Jadi, bagi menenangkan penduduk kampung kami meminta kerjasama anak muda di kampung ini untuk melakukan rondaan”.

“Kami juga meminta pihak masjid dan surau untuk membuat bacaan Yasin selama tiga malam berturut-turut”.

“Kami sendiri tidak tahu apa yang menggangu penduduk, jadi dengan inisiatif ini sedikit sebanyak membantu meredakan kegelisahan mereka,” jelas beliau.

Ketukan Misteri Tengah Malam Muncul Kembali

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading