‘SD’ sekadar fatamorgana , pintu penjara menunggu puak anarki

 

Oleh – Adam Malik


'SD' sekadar fatamorgana , pintu penjara menunggu puak anarki

 



‘SD’ (Akuan Bersumpah) yang dikaitkan dengan kisah ‘Langkah Dubai’ hanyalah sekadar fatamorgana tetapi pintu penjara terbuka luas untuk ‘puak anarki’.

Pelbagai tindakan digunakan oleh pemimpin Perikatan Nasional serta Tun Mahathir dan Tun Daim bagi menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Permainan psikologi kononnya PN dan sekutu sudah cukup jumlah untuk ambil alih kerusi telah diviralkan.

Kononnya sudah cukup SD melebihi dari yang diperlukan untuk jadi kerajaan.

Sitro berbayar PN dan Tun M pula membuat hantaran di medsos konon sudah cukup jumlah dan hanya menunggu masa bagi mengambil alih sahaja.

Sambil itu penulis upahan PN dalam negara dan luar negara pula bermain hal yang sama bagi tujuan memberi harapan kepada penyokong setia PN dan ‘kartel Tun’.

Sedangkan ia sekadar harapan palsu semata mata.

Selain ia harapan palsu ia juga “fake news” untuk menakut nakutkan pihak yang sedang menyiasat dan mendakwa kepimpinan PN dan dua Tun.

SIDANG MEDIA PERLU DISERTAI AHLI PARLIMEN YANG MENYOKONG ‘TEBUK ATAP’

'SD' sekadar fatamorgana , pintu penjara menunggu puak anarki

Jika difikirkan secara mudah jika sudah cukup jumlah serendah 115 sahaja pun memadai membuat sidang media dengan dihadiri oleh barisan 115 MP berkumpul bersama pada sidang media itu.

Dengan cara ini rakyat boloh melihat sendiri dan kira sendiri wajah wajah 115 MP sebagai pembuktian cukup jumlah bahkan melebihi.

Tetapi bagai yang sudah diketahui kenyataan cukup jumlah dan hanya tunggu masa seperti yang diucap oleh pelbagai pemimpin PN termasuk MB Kedah Sanusi hanya retorik kosong dan sebuah fatamorgana sahaja.

Jika cukup jumlah tunggu apa lagi?

'SD' sekadar fatamorgana , pintu penjara menunggu puak anarki

Semalam DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Abdullah telah bertitah agar PM Anwar serta Kerajaan Madani terus menjalankan tugas dan tidak diganggu.

Ini bermakna DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah menutup pintu kepada kumpulan anarki “penebuk atap”. Perkara sama juga telah dizahirkan oleh DYMM Sultan Johor yang merupakan bakal YDPA selepas Tuanku Abdullah.

Ada sebabnya Anwar diizinkan Allah untuk jadi Perdana Menteri akhirnya walaupun hampir 30 tahun kedua “Tun” bersungguh sungguh menghalangnya.

Sebaik sahaja pintu Istana tertutup, kini pintu Mahkamah dan pintu penjara pula yang terbuka luas.

Hadap sahaja lah jika berani buat beranilah tanggung, sambil itu benarlah kata doa orang dizalimi menembusi pintu langit.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button