Isabelle azam buru lebih banyak kemenangan

Oleh : Pena Merah

Isabelle azam buru lebih banyak kemenangan
Isabelle Lonjuing Sayeed

TUARAN: Isabelle Lonjuing Sayeed, 16, yang pernah mencatat sejarah sebagai pelatih kuda pacuan termuda di dunia pada empat tahun lalu, terus cemerlang dalam sukan itu dan berazam memburu lebih banyak pada masa depan.

Remaja itu akan memimpin pasukan El Viento ke pertandingan polo di Thailand, pada bulan ini.

Difahamkan, Isabelle yang juga pemilik dan pengasas ILS Polo Racing Equestrian di Royal Sabah Turf Club (RSTC) Tambalang, Tuaran itu mengetuai sembilan pemain polo Sabah sebagai pasukannya ke acara yang bakal berlangsung selama tiga minggu.



Isabelle berkata, ini adalah kali pertama dia akan memimpin pasukannya untuk bertanding acara polo ke peringkat antarabangsa.

Isabelle azam buru lebih banyak kemenangan
Isabelle akan memimpin pasukan El Viento ke pertandingan polo di Thailand, pada bulan ini. – Foto NSTP

“Saya dan pasukan menghabiskan masa cuti persekolahan untuk berlatih bersama dan sudah bersedia menyertai pertandingan polo terbabit”.

“Kami akan mendapatkan lebih banyak pengalaman dan saya percaya bahawa penyertaan ini penting untuk membolehkan kami bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan,” katanya.

Menurut Isabelle yang juga kapten pasukan polo (perempuan) El Viento dan joki wanita pertama dan termuda di Malaysia, pasukannya memberikan penekanan yang khusus dan lebih berfokus kepada sukan yang boleh menyumbang pingat kepada negara.



Isabelle azam buru lebih banyak kemenangan
Isabelle menjalani sesi latihan

 

“Kami akan berusaha sehabis baik membawa penyertaan pasukan polo Sabah, El Viento yang juga salah satu pasukan mewakili Malaysia untuk bersaing dengan pasukan lain di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Isabelle, sebelum ini dikurniakan Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada 7 Oktober lalu.

Ia menjadikan Isabelle sebagai rekod penerima darjah kebesaran bintang dan pingat kehormatan termuda di negeri Sabah.



Tidak berakhir di situ, Isabelle turut menerima anugerah Raising Star Of Polo daripada Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Majestic Hotel Kuala Lumpur, 29 September lalu.

Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button