Jordan dan Bahrain hanya setaraf Syria

Jordan dan Bahrain hanya setaraf Syria

Jordan dan Bahrain hanya setaraf Syria
KHIDMAT Arif Aiman Hanapi (kiri) menjadi taruhan utama Harimau Malaya di pentas Piala Asia kali ini. – FAM

KUALA LUMPUR – Keputusan seri 2-2 dengan Syria pada aksi persahabatan sebelum ini menjadi bukti jelas kualiti yang dimiliki Harimau Malaya untuk ‘terkam’ dua lagi pasukan Arab, Jordan dan Bahrain dalam saingan Kumpulan E Piala Asia.

Walaupun kedua-duanya berada di ranking lebih baik berbanding Syria yang kini huni tangga ke 91 dunia, kelebihan dimiliki Bahrain dan Jordan lebih berkisar kepada kiraan atas kertas.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Syed Yazid Syed Omar percaya anak buah Kim Pan-gon berada dalam motivasi terbaik untuk lakar keputusan cemerlang di Qatar.



“Kalau ikutkan jurang antara Syria dan dua lawan Malaysia di peringkat kumpulan tidak jauh sangat. Jordan cuma di tangga 87 dan Bahrain 86, jadi kalau kita boleh ikat Syria tak mustahil kita boleh raih keputusan sama atau menang dengan mereka nanti.

“Saya percaya pasukan kita sudah bersiap sedia dan kesemua barisan pemain mahu menunjukkan sesuatu. Kita doakan pasukan kita boleh raih keputusan positif apabila turun menentang Jordan dan Bahrain,” katanya

Harimau Malaya akan membuka tirai saingan bertemu Jordan di Stadium Al Janoub, Selasa ini diikuti Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).- KOSMO! ONLINE

Jordan dan Bahrain hanya setaraf Syria

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button