Mahathir perlu jawap sumber kekayaan keluarga
Oleh – Bakhtiar Omar
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir masih belum menjawap persoalan yang ditimbulkan berkaitan sumber kekayaan keluarga beliau dan anak-anaknya.
Menurut satu laporan oleh The Coverage kekayaan Mahathir dan keluarga dianggarkan mencecah USD 60 Billion bersamaan dengan RM 250 Billion.
Mokhzani owns 255 companies, with estimated total assets worth USD21 billion;
Mirzan owns 156 companies, with estimated total assets worth USD17 billion;
Mukhriz owns 128 companies, with estimated total assets worth USD13 billion; and
Marina owns 52 companies, with estimated total assets worth USD9 billion. – Laporan 5/1/2024
Mahathir ‘berang’ apabila ada laporan di media sosial mengaitkan beliau dengan cubaan menyogok DYMM Agong dengan jumlah yang agak lumayan untuk membolehkan pertukaran kerajaan dilakukan sebelum hujung Januari 2024.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak individu yang menuduhnya telah merasuah Yang di-Pertuan Agong untuk menampilkan bukti.
Menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai tidak berasas, Dr Mahathir turut menempelak individu berkenaan kerana menyembunyikan identiti setelah menyebarkan dakwaan terbabit. – Buktikan Saya Sogok Agong – Mahathir – 10/1/2024
Semua ini dipercayai ada kaitan dengan dakwaan seorang blogger yang dikaitkan dengan Mahathir. Dakwa blogger tersebut, Mahathir pernah menyebut pada 18/12/2023, kerajaan akan bertukar.
Namun demikian, sehingga heboh cerita ‘Langkah Dubai’, tiada sebarang pertukaran kerajaan berlaku.
MENARA ILHAM DISITA DAN SIASATAN TERHADAP DAIM BUAT MAHATHIR GELISAH?
Ada juga spekulasi berlegar mengaitkan tindakan SPRM terhadap Daim Zainuddin telah menggelisahkan Mahathir. Semua orang tahu hubungan baik antara Mahathir-Daim bagaikan isi dengan kuku.
Malah, Daim juga telah dilantik oleh Mahathir sebagai Ketua ‘Council of Elders’ pada 2018 sebaik membentuk Kerajaan selepas PRU14.
Daim yang merupakan bekas Menteri Kewangan itu dipercayai mempunyai rangkaian bank di luar negara terutama di Benua Afrika.
Desas-desus politik juga mengaitkan sebarang siasatan atau tindakan terhadap Daim akan menyebabkan Mahathir turut terheret ke Mahkamah. Sejauh mana kebenaran desas-desus itu tidak dapat dipastikan.
BERANIKAH MAHATHIR ‘SAMAN’ THE COVERAGE KERANA BONGKAR KEKAYAAN KELUARGA?
Kini persoalannya, beranikah Mahathir mengambil tindakan Undang-Undang terhadap laporanyang membongkar kekayaan serta menyoal mengenai penglibatan Mahathir dalam meng’KAYA’kan anak-anaknya menerusi pengaruhnya sebagai Perdana Menteri Ke-4?
For example, the Sarawak state government in 1994 gave logging approval of around 1,000 hectares of timber to TANJUNG TIARA SDN BHD. Who was the lucky owner of Tanjung Tiara? No other than Mukhriz Mahathir, who not only a shareholder of Tanjung Tiara – but also served as its chairman.
So, what did Tanjung Tiara or Mukhriz Mahathir do to deserve such a gold mine falling on their laps? According to the legal advisor to the Sarawak government Fong Joo Chung, it was simply because Mukhriz’s father, Mahathir Mohamad was the Prime Minister of Malaysia at the time.- The Infinite Wealth Of The Mahathir Clan
Mahathir perlu membuktikan dakwaan tersebut adalah tidak benar sebelum beliau mencabar pihak lain membuktikan dakwaan sogokan yang dikaitkan dengan beliau.
Mahathir juga secara sinis meminta agar SPRM menyiasat kesemua individu yang bergelar ‘Tun’ dalam Malaysia. Bagaimanapun, beliau terlupa ada individu yang menerima gelaran tersebut setelah disyorkan sendiri oleh Mahathir.
Adakah SPRM akan melakukan siasatan seperti diminta Mahathir? Seeloknya Mahathir tenang dan jawap sahaja dakwaan portal tersebut.