Saya akan siasat – Ketua Menteri Melaka

 

Oleh Pena Merah

Saya akan siasat - Ketua Menteri Melaka

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan menyiasat penganjuran perlumbaan drag di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam yang dijadualkan berlangsung bulan depan seperti tular di media sosial sejak dua hari lalu.



Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ini kerana perkara itu diluar pengetahuannya dan tidak dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Itu (perlumbaan drag) di luar pengetahuan dan saya akan mohon pihak MAB (Malaysia Airport Berhad) maklumkan kepada saya.

“Saya akan siasat maklumat (penganjuran) ini kerana LTAM ini milik Kerajaan Pusat bukannya negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini, hari ini.



WhatsApp-Image-2024-01-12-at-11
Poster yang tular

Ab Rauf berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan poster penganjuran perlumbaan drag itu di LTAM selama dua hari pada 3 dan 4 Februari ini.

Menerusi kenyataan yang tular memaklumkan penyertaan terbuka kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai lumba drag sejauh 400 meter.

Sebelum ini, MalaysiaGazette melaporkan kekecewaan orang ramai apabila LTAM menghentikan operasi pesawat komersial sejak bulan Ogos tahun lalu apabila penerbangan komersial.

Susulan itu pada September lalu, Melaka menawarkan insentif kepada tujuh syarikat penerbangan komersial sekiranya mereka mahu beroperasi di LTAM sebagai timbal balas kerugian akibat kurang mendapat sambutan.



Namun sehingga kini, tiada satu pun daripada tujuh syarikat penerbangan komersial berminat untuk beroperasi lapangan terbang bersejarah itu.

Sumber – MalaysiaGazette



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button