Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar

Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar

Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar

Wahai Ismail Sabri dan Sanusi Md Nor…

Apabila datang kepada kamu pegawai-pegawai SPRM, janganlah engkau merasa takut atau gentar…

Ingatlah, mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT sama seperti kamu…



Bila ditanya soalan kepada kamu berdua, hendaklah engkau jawab soalan mereka dengan lidah yang fasih serta lancar…

Adakah warna OREN sangat menakutkan kamu…

Maka jawablah, warna OREN sangat menakutkan kami berdua, tiada yang tidak takut, melainkan takut belaka…😨😨😨

Hari Rabu lepas (10 Januari 2024), mantan perdana menteri ke 9, Ismail Sabri Yaacob, telah dipanggil oleh SPRM.



Ismail Sabri hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk dirakam keterangan dan disoal siasat berikutan dakwaan penyelewengan dan RM700 juta berkaitan promosi dan pengiklanan di era beliau.

Terjawab sudah teka-teki, siapakah mantan perdana menteri yang akan dipanggil SPRM berkaitan skandal tersebut.

Dana RM700 juta bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Namun begitu, jangan kita membuat spekulasi dengan terus menghukum Ismail Sabri sudah bersalah.



Kes masih di peringkat siasatan SPRM, berikan SPRM ruang dan peluang untuk melakukan siasatan terperinci.

Sehari selepas itu, hari Khamis (11 Januari 2024), giliran Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor pula dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan.

Beliau telah hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk memberi keterangan berkaitan dakwaan jenayah RM6 juta yang melibatkan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Beberapa individu tertinggi dalam KFA dan kerajaan Kedah dikatakan telah menipu kontraktor sebanyak RM6 juta dengan janji palsu terhadap beberapa projek kerajaan Kedah.



Selepas kontraktor tersebut memasukkan duit RM6 juta ke akaun KFA, kontrak yang dijanjikan senyap begitu sahaja.

Sanusi berkata duit tersebut digunakan untuk membayar hutang KFA.

Dalam artikata lain, secara tidak langsung beliau mengakui KFA memang menerima duit tersebut dengan cara penipuan.

Apa pun, kita beri ruang dan peluang kepada SPRM untuk membuat siasatan terperinci.



Maka benarlah, sesungguhnya warna OREN itu sangat menakutkan.

 

Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button