20000 pekerja Citigroup bakal diberhentikan

 

Oleh Pena Merah

20000 pekerja Citigroup bakal diberhentikan
Citigroup mempunyai 239,000 pekerja di seluruh dunia – Foto Reuters

 

Citigroup akan memberhentikan 20,000 pekerja dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Pegawai Kewangan, Mark Mason hari ini, selepas bank itu melaporkan kerugian AS$1.8 bilion (RM8.3 bilion) pada suku keempat.



Penyedia pinjaman itu, yang ketika ini mempunyai 239,000 pekerja di seluruh dunia, akan mengurangkan 20,000 kakitangan sebagai sebahagian penyusunan semula besar-besaran, kata Mason kepada pemberita.

Citi juga dijangka memberhentikan 40,000 lagi pekerja apabila ia menyenaraikan unit pengguna di Mexico, Banamex dalam satu tawaran awam permulaan (IPO).

Ia menyasarkan untuk mencapai paras 180,000 pekerja, kata Mason.

Saham bank itu kali terakhir diniagakan meningkat 3.3 peratus dalam dagangan pagi Jumaat selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jane Fraser menganggap 2024 sebagai ‘tahun peralihan’ bagi penyedia pinjaman itu.



Saham bank itu kali terakhir diniagakan meningkat 3.3 peratus dalam dagangan pagi Jumaat selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jane Fraser menganggap 2024 sebagai ‘tahun peralihan’ bagi penyedia pinjaman itu.

Namun, beliau menambah bahawa pengurangan itu tidak akan menghalang pendapatan berkembang dan usaha penyusunan semula akan dilaksanakan pada akhir suku pertama.

Citi melaporkan kerugian itu berikutan caj AS$3.8 bilion (RM17.6 bilion) yang didedahkan dalam satu makluman pada Rabu yang termasuk perbelanjaan penyusunan semula, rizab dibina berkaitan dengan penyusutan nilai mata wang serta ketidakstabilan di Argentina dan Russia, selain bayaran AS$1.7 bilion (RM7.9 nilion) untuk mengisi semula dana insurans deposit FDIC.

Bank itu dijangka melaporkan antara AS$700 juta dan AS$1 bilion caj tahun ini berkaitan dengan kos pampasan serta penyusunan semula.-Reuters



SUMBER – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button