Palmer wira Chelsea

Oleh – Syeikh Baran


Palmer wira Chelsea

Chelsea menewaskan Fulham 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge sebentar tadi menerusi gol sepakan penalti Cole Palmer yang membolehkan Blues merakam kemenangan ketiga berturut-turut.



Palmer mengelirukan Bernd Leno menerusi sepakan penalti pada akhir babak pertama selepas Raheem Sterling dikasari Issa Diop.

Ia adalah gol kesembilan Palmer dalam liga sejak menyertai Blues daripada Manchester City pada saat-saat akhir jendela perpindahan musim panas lalu dan dengan pantas membuktikan dirinya adalah pemain berbahaya Chelsea.

Peluang terbaik Fulham menyamakan kedudukan hadir menerusi Raul Jimenez tetapi rembatannya memaksa Djordje Petrovic menyelamatkannya dengan sebelah tangan pada minit ke-73.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Mauricio Pochettino melonjak ke tempat kelapan, di atas Manchester United dan Newcastle United, dengan kedua-duanya mempunyai kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.



Fulham pula kekal di tempat ke-13, lapan mata daripada zon penyingkiran.

Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button