“Provokasi netizen jadi punca” – Fathia

 

Oleh Pena Merah

"Provokasi netizen jadi punca" - Fathia
Fathia masih mendendami Aiman mempermainkan hati dan perasaannya, bukan sebab pilih berkahwin dengan Zahirah.

“Saya dah lama lupakan Aiman, namun provokasi netizen jadi punca saya betul-betul meletup bila teringat semula pengkhianatan dilakukan.

“Perasaan geram dan bengang silih berganti terjah fikiran. Ya, saya hidup dalam dendam terhadap Aiman yang tak pernah berpenghujung.”



Demikian penjelasan pelakon kontroversi, Fathia Latiff berhubung tindakannya memuat naik foto bersama bekas kekasihnya yang juga pelakon Aiman Hakim Ridza dengan keterangan gambar boleh mengundang kontroversi.

Fathia berkata, dia sudah lama ‘move on’, apatah lagi, hubungan cinta sudah terlerai sejak 2015.

“Saya saja nak usik-usik manja. Saya tak berniat nak kacau rumah tangga Aiman dan Zahirah MacWilson.

“Saya sengaja nak sakiti dan kacau Aiman. Saya percaya jika Aiman dan Zahirah saling cinta kenapa nak ‘triggered’ dengan hantaran saya dalam Instagram.



“Ia sekadar gambar ‘throwback’ yang tak beri makna apa-apa buat saya.

Saya berani letak gambar lama sebab saya sudah ‘move on’ dan langsung tiada perasaan terhadap Aiman.

“Cuma, perasaan dendam terhadap Aiman tak pernah surut disebabkan mempermainkan hati dan perasaan saya.

“Itu sahaja punca saya mendendaminya. Ia juga bukanlah sebab tak puas hati Aiman pilih berkahwin dengan Zahirah,” katanya ketika dihubungi BH Online.



Bintang jelita yang pernah mencetuskan fenomena menerusi drama Ariana Rose dan Dia Isteri Luar Biasa itu berkata, Aiman juga menjadi puncanya berdepan depresi dan kesihatan mental.

“Hanya saya sahaja tahu apa yang dilalui bersama Aiman dulu. Hati saya banyak terluka selama lima tahun bersamanya.

“Sampai hari ini saya tak pernah maafkan Aiman. Bayangkan sudah sembilan tahun berlalu, namun saya masih hidup dalam kesakitan. Mungkin sampai tutup mata pun saya terus sakit.

“Saya juga takkan berpuas hati selagi Aiman tak minta maaf,” katanya yang kini sedang bercuti di Osaka, Jepun selama dua minggu.



 

"Provokasi netizen jadi punca" - Fathia
Fathia mencuri perhatian apabila mendakwa Aiman masih simpan perasaan cinta terhadapnya dan memuat naik foto bersama yang dirakam pada 2014. – Foto IG Fathia Latiff

Mengulas tindakannya secara terbuka mengutuk wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah, Fathia berkata, itu hanya pendapat peribadinya.

“Saya cakap jujur ketika jawab pertanyaan pengikut dalam siaran langsung di TikTok.

“Itu soalan provokasi, jadi memang sesuai saya jawab dengan selamba.



“Namun, apapun Zahirah tak bersalah. Saya kasihan juga kepada Zahirah,” katanya.

Wanita kacukan Melayu, Indonesia dan Arab itu berkata, dia akan terus menganggap Aiman sebagai musuh selagi tiada kemaafan.

“Saya memang seorang pendendam. Energi dendam membuak-buak bila terima provokasi.

“Saya dah tak ingat Aiman, tetapi tiba-tiba datang rasa bengang bila kisah lama diungkit semula,” katanya.



Terdahulu, Fathia mencuri perhatian apabila mendakwa Aiman masih menyimpan cinta terhadapnya.

Menerusi hantaran IG, Fathia memuat naik foto bersama Aiman yang dirakam pada 2014.

Sebelum ini, Fathia hangat diperkatakan apabila memberi komen paras Zahirah persis bibik atau pembantu rumah.

Fathia mendakwa dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016.

Selepas Zahirah, Fathia yang kini bekerja di sebuah firma guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya, Zarina Anjoulie.

-Berita Harian-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button