Nadhir Nasar memiliki pakej lengkap

Oleh Pena Merah

Nadhir Nasar memiliki pakej lengkap
Nadhir Nasar

KEHADIRAN bintang muda bernama Nadhir Nasar ini terus cemerlang dan unggul. Setiap watak yang diberikan pasti akan diterjemahkan dengan sebaik mungkin.

Memiliki pakej lengkap sebagai Hero Malaya yang akan terus kekal mewarnai industri seni tanah air, Nadhir juga mempunyai adab dan santun yang cukup dikagumi ramai.

Maka tidak hairanlah kenapa namanya sering meniti di bibir ramai orang termasuk rakan-rakan media yang cukup senang setiap kali ingin menemubualnya.

Siapa sangka, di sebalik populariti dan kejayaan yang diraihnya hari ini, ada luka-luka kecil yang masih berbekas dalam ingatan.

Kata jejaka tampan kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini, masih segar dalam ingatannya sewaktu ditolak stesen televisyen kerana tidak memiliki pengikut yang ramai di media sosial.

“Saya pernah berdepan pengalaman ditolak lebih 10 kali oleh stesen televisyen atas alasan pengikut laman sosial saya tidak sebanyak seperti pelakon seangkatan yang lain.

“Jadi, saya gandakan usaha dengan memberikan hasil yang terbaik bagi setiap naskhah yang saya bintangi. Alhamdulillah perlahan-lahan saya mula diterima dan berjaya membuktikan khalayak mengikuti saya bukan disebabkan pengaruh media sosial,” katanya.

Berazam untuk terus membina nama sebagai pelakon handalan sebaris pelakon senior sedia ada, Nadhir mengaku, kejayaan hari ini adalah disebabkan dirinya yang tidak mengenal erti putus asa.

“Jangan pernah putus asa dengan apa yang kita sedang usahakan. Lakonan adalah jiwa saya, kerana itu saya anggap cabaran sebagai ujian untuk melihat sejauh mana saya mampu berlari,” katanya.

Siapa sangka perjalanan Nadhir kini membuahkan hasil apabila kini tampil dalam filem sulung, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.

Tampil menjayakan watak Tahir dalam filem itu, Nadhir mengaku seronok sepanjang menjalani sesi penggambaran.

“Saya menerima naskhah filem itu pada September 2022 dan cuba menghadam watak serta perwatakan adik kepada panglima Awang lakonan Fattah Amin supaya mampu menjiwainya.

-Harian Metro-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button