Pati akan terus digempur
Oleh – Syeikh Baran
Polis akan terus menggempur lokasi tumpuan warga asing berkumpul dan berniaga di sekitar ibu negara bagi membanteras lambakan pendatang asing tanpa izin (Pati) daripada berleluasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi besar-besaran seperti yang dijalankan di Jalan Silang baru-baru ini akan diadakan dari semasa ke semasa.
“Senario warga asing memang kita tahu sama ada miliki dokumen atau tidak mereka ramai tetapi pada umumnya yang bekerja ini mempunyai dokumen sah.
“Kita tidak nafikan ada warga asing ini jadi susulan operasi yang dijalankan Bukit Aman di Jalan Silang baru-baru ini operasi susulan akan dilakukan,” katanya pada sidang media Program Walkabout Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Sumber – Harian Metro