Cuaca signifikan dengan luruan angin timuran hingga 17 Januari

Cuaca signifikan dengan luruan angin timuran hingga 17 Januari

Cuaca signifikan dengan luruan angin timuran hingga 17 Januari
Foto hiasan

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin timuran berlaku hingga 17 Jan ini.

Dalan kenyataan petang ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak dan timur Sabah, selain angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

“Pada masa sama, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di Sabah dan Sarawak,” menurut kenyataan itu.



Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berkuat kuasa hari ini hingga Rabu depan membabitkan Condore dan Reef North yang berada pada kategori kedua.

Amaran kategori pertama pula membabitkan pulau Tioman di Pahang, pulau Layang-Layang dan Sulu di Sabah, Labuan, Palawan (di Filipina), Samui (di Thailand) dan Bunguran (di Indonesia) untuk tempoh sama.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia atau memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Cuaca signifikan dengan luruan angin timuran hingga 17 Januari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button