Perikatan Nasional sudah berada ‘hujung nyawa’?

Oleh – Bakhtiar Omar


Perikatan Nasional sudah berada 'hujung nyawa'?

Ekoran kegagalan demi kegagalan perancangan mengambil alih Putrajaya dari Kerajaan Madani,dikatakan  Perikatan Nasional sudah berada di ‘hujung nyawa’.



Samada benar atau tidak spekulasi yang berlegar hanya kepimpinan Perikatan Nasional sahaja boleh memberi jawapan.

Gelora dalaman yang melanda gabungan Perikatan Nasional bermula apabila PAS berjaya menunjukkan dominasi mereka terhadap pengundi terutama anak muda.

Dengan jumlah kerusi di Parlimen dan DUN memihak kepada PAS, ada kalangan pemimpin BERSATU tidak senang hati dan merasakan kedudukan mereka tergugat.

PAS yang yakin akan mampu menawan Pahang sekiranya perancangan mengambil alih Kerajaan Persekutuan sudah mula menunjukkan ‘kuku’ tanpa memberi ruang kepada BERSATU untuk mentadbir sekurangnya sebuah negeri.



Ini tidak disenangi segelintir pemimpin BERSATU yang merasakan mereka sebenarnya layak untuk mendapat jawatan paling tidak seorang Menteri Besar dari 4 negeri. Malangnya, semua itu tidak berlaku dan PAS membuktikan mereka lebih layak untuk jawatan tersebut.

PEMPENGARUH TIDAK SEHALUAN MENYEBABKAN KEGAGALAN SEMUA GERAKAN DAN ‘LANGKAH’

Perikatan Nasional sudah berada 'hujung nyawa'?

Semua tahu, pempengaruh (Influencer) yang Pro-Mahathir cuba mempengaruhi penyokong kedua-dua parti agar yakin dengan apa yang ‘Grand Master’ rancangkan.

Biarpun tidak mendapat ‘restu’ secara langsung dari Mahathir, pempengaruh terus meyakinkan penyokong PAS dan BERSATU untuk menyokong gerakan yang dicanangkan.



Lebih memburukkan keadaan, pempengaruh juga meletakkan tarikh-tarikh tertentu sebagai hari terakhir Kerajaan Madani dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Selepas penyokong PN sedar mereka telah ‘berjaya’ ditipu berkaitan tarikh kejatuhan Anwar Ibrahim, pempengaruh Perikatan Nasional mula bercakaran secara terbuka.

Lebih menarik, apabila pergaduhan mulut ini melibatkan beberapa nama dari kalangan Perikatan Nasional yang didakwa menerima sejumlah wang.

PERIKATAN NASIONAL AKAN SINGKIR PENGERUSI DAN GANTIKAN DENGAN MAHATHIR?

Perikatan Nasional sudah berada 'hujung nyawa'?



Desas-desus berkaitan penyingkiran Pengerusi Perikatan Nasional sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlegar dikalangan penyokong.

Semua ini dikatakan ada kaitan dengan pendakwaan terhadap Muhyiddin di Mahkamah mengenai penyalahgunaan wang rakyat semasa menjadi Perdana Menteri.

Perlu diingatkan, slogan Perikatan Nasional sendiri menetapkan untuk pemimpin mereka bebas dari tergolong dalam kalangan ‘Kluster Mahkamah’.

Jadi, untuk memilih seorang Pengerusi mestilah individu itu bersih dari sebarang pendakwaan di Mahkamah dan mempunyai pengalaman serta pengaruh yang kuat di kalangan Orang Melayu.



Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Ke-7 dan bekas Pengerusi BERSATU dikatakan calon paling sesuai untuk menyatukan PAS dan BERSATU sebagai tunjang Perikatan Nasional yang lebih baik.

Jika ditanya kepada PAS, sudah pasti jawapannya mereka sedia membuka ruang dan peluang kepada Mahathir. Tetapi, bagaimana dengan BERSATU?

Jika BERSATU menerima Mahathir kembali, mereka bolehlah diibaratkan ‘menjilat kahak’. Tetapi, paling utama, adakah BERSATU bersedia untuk ‘korbankan’ Muhyiddin bagi memberi ruang kepada Mahathir?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading