Ning Baizura mahu menjadi seperti Pamela Anderson

 

Oleh : Pena Merah

Ning Baizura mahu menjadi seperti Pamela Anderson
Ning Baizura, Joane & Shaz dalam rancanggan podcast mereka, The Wow Show

 

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Ning Baizura, 48, membuat pengakuan berani bahawa dia tidak begitu gemar memakai pakaian dalam dengan menyifatkannya sebagai satu perkara yang leceh dan merimaskan.



Menurut Ning, dia berdepan dengan masalah badan kuat berpeluh dan keadaan itu menyebabkan dirinya berasa rimas apabila mengenakan pakaian dalaman terutama ketika menggayakan busana-busana daripada material fabrik tebal.

“Ini pengakuan ya, saya bukan wanita sempurna tetapi hanya mahukan sesuatu yang akan memudahkan hidup saya. Sesuatu yang tak membuatkan saya pening, benda yang saya buat akan buat dengan satu niat.

“Disebabkan saya memang kuat berpeluh dan memang tak suka memakai pakaian dalaman kerana busana-busana yang dipakai memang tebal. Bila menyanyi di pentas, memang panas, gelilah, peluh sana peluh sini.

“Bila saya dah jadi ibu dan isteri, graviti memang tak membantu diri ini. Jangan salah anggap ya dik, setiap wanita ada kebebasan untuk pilih apa yang mereka hendak buat pada diri sendiri supaya dapat kecapi bentuk badan yang terbaik untuk diri mereka sendiri,”katanya.Ning Baizura mahu menjadi seperti Pamela Anderson



Ning berkata demikian dalam satu keratan video yang memaparkan dirinya sedang berkongsi pengalaman dalam program The Wow Show di saluran You Tube dan Spotify, semalam.

Selain itu, akui Ning, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini juga dia rajin bertemu dengan doktor dipercayai bagi mengurangkan berat badan dalam usaha mencari berat badan ideal.

“Lima tahun saya ulang alik bertemu dengan doktor , fikir sama ada ini ada risiko atau sebaliknya.Saya korbankan demi kerjaya dan nasib baik suami sokong. Nak tular, tularlah, yang penting saya puas dan pelaburan ini berbaloi,”katanya.

Menerusi hantaran yang sama, Ning turut berkongsi bagaimana dia ingin mendapatkan bentuk payu dara yang cantik selain memasang angan-angan untuk menjadi seperti selebriti kontroversi Hollywood, Pamela Anderson.



“Bila saya dah cecah 40 tahun, saya buat keputusan nak buat sesuatu dengan badan ini. Saya nak ‘lift’, maskudnya di bahagian sini (menunjukkan bahagian dada). Sebab saya malas nak pakai baju dalam, leceh betul.

“Jadi lima tahun ini, saya dah jumpa doktor yang sama, tetapi saya tak buat-buat juga meskipun sasaran saya adalah mendapatkan payu dara yang cantik.

“Saya fikir nak jadi macam Pamela Anderson. Itu adalah impian saya, konon-konon macam dalam siri Baywatch. Tapi saya tak buat pun,” katanya.

SUMBER – UTUSAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading