Fazura Selar Tindakan Ketua Polis Melakukan Kekerasan Fizikal Di Tempat Awam

“Kejam! Cari Sampai Dapat” –

Fazura Selar Tindakan Ketua Polis Melakukan Kekerasan Fizikal Di Tempat Awam

“Kejam! Cari Sampai Dapat” – Fazura Selar Tindakan Ketua Polis Melakukan Kekerasan Fizikal Di Tempat AwamSebelum ini, kecoh dimedia sosial mengenai satu video yang tular mengenai ketua polis balai di Johor.

Melakukan Kekerasan Fizikal

Fazura Selar Tindakan Ketua Polis Melakukan Kekerasan Fizikal Di Tempat Awam
via Instagram BH Harian

Dalam video tersebut, ia memaparkan seorang individu dipercayai ketua polis balai melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang lelaki di tempat awam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 37 saat yang tular dalam media sosial termasuk platform X.



Video tular itu dikesan pada jam 3.11 petang hari ini, dengan turut menamakan pegawai polis terlibat berserta jawatannya.

Polis Johor akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan.

Datuk Kamarul Zaman juga turut menyatakan bahawa siasatan akan dijalankan dan tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi.

Menampar Sebanyak 9 Kali

Menerusi rakaman video yang tular itu, kelihatan seorang individu lelaki mengasari seorang lelaki yang sedang duduk di dalam sebuah restoran.



Individu tersebut dilihat menampar lelaki terbabit sebanyak sembilan kali sambil sebelah lagi tangannya menggenggam rambut mangsa. Mangsa yang kelihatan ketakutan tidak melawan tindakan tersebut.

Netizen Dan Artis Turut Terkesan

Fazura Selar Tindakan Ketua Polis Melakukan Kekerasan Fizikal Di Tempat Awam
via Instagram BH Harian

Di atas kejadian itu, ramai netizen serta artis turut terkesan dan mengzahirkan rasa marah dengan perbuatan tersebut.

Salah seorang daripadanya adalah pelakon dan juga usahawan, Fazura. Melihat diruangan komen, Fazura turut menyelar perbuatan tersebut dengan menyatakan tindakan itu dianggap kejam.

KEJAMMMM!!!! Cari sampai dapat!!!



Malah Fazura juga supaya tindakan untuk mencari polis tersebut dapat dicari sehingga dapat ditangkap. Netizen juga turut menyatakan kekesalah apabila melihat kekejaman yang dilakukan oleh anggota polis sendiri yang sepatutnya menjaga dan melindungi rakyat Malaysia.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button