Makanan berpotensi menjadi racun

 

Oleh Pena Merah

Makanan berpotensi menjadi racun
Agensi Standrad Makanan. setiap makanan dinasihatkan untuk dipanaskan sekali saja. – Foto hiasan

KAEDAH memanaskan makanan dilihat sebagai salah satu cara untuk tidak membazir dan mampu mengelakkan pembuangan makanan berlebihan harian.

Kebiasaannya, makanan lebihan akan disimpan supaya tidak membazir dan boleh dimakan semula. Apabila makanan ini dipanaskan semula untuk dimakan buat kali kedua, kadang kala ia lebih berkhasiat.



Tetapi ada ketika ia mungkin berbahaya untuk kesihatan anda.

Ramai di antara kita yang tidak mengambil berat mengenai pemakanan, justeru, mereka tidak sedar risiko sekiranya memanaskan makanan yang berpotensi untuk menjadi racun.

Keracunan makanan satu pengalaman yang mengerikan. Individu akan mengalami cirit-birit, muntah dan perut kejang.

Kaedah panaskan semula makanan



Anda perlu membiarkan makanan yang sudah dimasak itu sejuk terlebih dulu sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.

Ini kerana gabungan suhu makanan yang panas dengan suhu sejuk di dalam peti itu akan menggalakkan lagi pembiakan bakteria. Bukan itu saja, ia juga akan merosakkan makanan lain dalam peti sejuk.

Tip untuk sejukkan makanan tidak lebih daripada empat jam.

Menurut Agensi Standard Makanan, setiap makanan dinasihatkan untuk dipanaskan sekali saja.



Tetapi jika anda mampu melakukan teknik memanaskan makanan dengan betul ia boleh dipanaskan secara berulang tanpa mengubah rasa makanan itu.

Panas guna ketuhar berisiko bakteria membiak

Ramai di antara kita gemar memanaskan makanan menggunakan ketuhar. Ketuhar tidak mampu untuk memanaskan makanan secara menyeluruh sekali gus meninggalkan ruang untuk bakteria membiak.

Oleh itu, makanan itu perlu dikacau supaya ia panas cara sekata di semua bahagian.



Makanan berpotensi bahaya untuk dipanaskan

1. Daging yang sudah dimasak

2. Masakan yang mempunyai daging contohnya, lasagna, kari dan daging berkuah

3. Masakan mengandungi santan atau susu



4. Makanan laut contohnya bebola ikan, stok ikan dan sos mengandungi makanan laut

5. Makanan mengandungi telur, kacang dan berprotein tinggi

7. Nasi

8. Pasta



Panduan kekal selamat semasa dalam perjalanan:

* Pastikan makanan dimasak dengan betul dan masih panas apabila dihidangkan.

* Elakkan susu mentah dan produk yang diperbuat daripada susu mentah. Minum susu pasteur atau rebus sahaja.

* Elakkan ais melainkan ia diperbuat daripada air yang selamat.

* Apabila tidak yakin dengan keselamatan air minuman, digalakkan minum air masak

* Basuh tangan dengan bersih dan kerap menggunakan sabun, terutama selepas bersentuhan dengan haiwan peliharaan atau haiwan ternakan, atau selepas ke tandas

* Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan berhati-hati, terutama jika ia dimakan mentah. Jika boleh, sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dikupas.

-Berita Harian-

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button