Mayat ditemukan tanpa identiti dengan kesan tusukan di muka, leher
Mayat ditemukan tanpa identiti dengan kesan tusukan di muka, leher
KUCHING: Mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan di muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri, semalam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata laporan penemuan mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu diterima jam 9.30 pagi semalam daripada orang awam.
“Berdasarkan maklumat, seorang lelaki ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di hadapan sebuah bangunan.
“Sejurus menerima laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah bergegas ke lokasi dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Alexson berkata, susulan daripada siasatan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta tampil ke Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi Asisten Superintendan Dorairajah di talian 085-433730. –BERNAMA
Mayat ditemukan tanpa identiti dengan kesan tusukan di muka, leher
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Daim akui kekayaan beliau boleh cecah RM50 Billion
- Perikatan Nasional sudah berada ‘hujung nyawa’?
- Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?