Noh Salleh Tampil Nafi Dakwaan Culik Anak Angkat
Mahu Berdamai Dengan Mizz Nina: “Musa Diserahkan Dengan Rela Hati”
Noh Salleh Tampil Nafi Dakwaan Culik Anak Angkat
Penyanyi vokalis kumpulan Noh Hujan, tampil menafikan dakwaan dia melarikan anak angkatnya, Musa dengan bantuan pembantu rumah.
Malah, Noh juga menyifatkan tuduhan yang dibuat bekas isterinya, Mizz Nina adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.
Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertai dengan dokumen. Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitnah teruk.
Saya tak pernah kena tangkap. Saya hanya diminta hadir ke balai polis untuk beri keterangan. Alhamdulillah, polis juga beri kerjasama yang baik dan faham dengan situasi. Memang tiada unsur jenayah.
Jujurnya, saya ‘goyang’ bila dakwaan culik hangat diperkatakan. Mulut orang… Sumber cerita pun saya tak tahu dari mana.
Dalam pada itu, Noh atau Mohamad Noh Salleh cuba menghubungi Mizz Nina unuk berbincang mengenai urusan penjagaan Musa, namun gagal.
Tambahan, penyanyi itu turut memaklumkan dia tidak berniat mahu memisahkan Musa dengan Mizz Nina sebaliknya mahu berdamai agar dapat bersama-sama membesarkan anak mereka dengan baik.
Kredit: Berita Harian
Noh Salleh Tampil Nafi Dakwaan Culik Anak Angkat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Daim akui kekayaan beliau boleh cecah RM50 Billion
- Perikatan Nasional sudah berada ‘hujung nyawa’?
- Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?