Bukan salah saya…

Oleh – Syeikh Baran


Bukan salah saya..

Lelaki warga China dikenali Jue dituntut membayar ganti rugi 8,300 yuan (kira-kira RM,428) kerana mengakibatkan kerosakan pada pemegang eskalator dinaikinya.



Portal The Thaiger melaporkan, pengurus pasar raya di Zhengzhou dekat wilayah Henan, China mendakwa pemegang ekskalator kaca berkenan tidak pernah rosak sejak enam tahun lalu sehingga Jue menyentuhnya

Bagaimanapun, Jue mendakwa dia hanya menyentuh pemegang kaca itu secara perlahan ketika menuruni eskalator sebelum ia bergegar dan pecah hingga mengakibatkan retakan besar .

Berikutan kejadian itu, Jue terpinga-pinga dan kaku seketika, selain tertanya-tanya bagaimana kaca itu boleh pecah.

“Saya hanya menyentuhnya dengan perlahan. Bagaimana ia boleh berlaku? Ia tidak sepatutnya rosak seperti ini. Eskalator ini terlalu rapuh,” katanya.



Jue tidak senang dengan cara pengurusan pasar raya mengendalikan kes berkenaan dan enggan membayar ganti rugi.

“Saya hanya menyentuhnya dengan perlahan. Bagaimana ia boleh berlaku? Ia tidak sepatutnya rosak seperti ini. Eskalator ini terlalu rapuh,” katanya.

Jue tidak senang dengan cara pengurusan pasar raya mengendalikan kes berkenaan dan enggan membayar ganti rugi.

Apabila insiden itu dilaporkan di media, pasar raya berkenaan menjadi sasaran kritikan dan reputasinya terjejas dengan kerugian melebihi kos pecah kaca, lapor Sanook.



Ramai netizen menyuarakan pendapat mereka dengan alasan pasar raya itu bukan sahaja mengendalikan kes itu dengan teruk tetapi juga mengabaikan keselamatan pelanggan.

Eskalator itu juga didakwa tidak kukuh tetapi pihak pasar raya berani menuntut ganti rugi.

“Menggunakan kaca berkualiti rendah itu boleh membahayakan nyawa pelanggan.”

“Kalau saya jadi Jue, saya akan saman pasar raya kerana membenarkan pelanggan menggunakan eskalator jenis ini. Ia mengancam keselamatan pelanggan,” tulis seorang netizen.



Sumber – Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button