23 kenderaan termasuk kereta sapu di sita

Oleh – Syeikh Baran


23 kenderaan termasuk kereta sapu di sita

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 23 kenderaan atas pelbagai kesalahan termasuk menjalankan khidmat kereta sapu dalam satu operasi di sekitar bandaraya hari ini.



Pengarah JPJ Kuala Lumpur (KL), Mohd Zaki Ismail berkata tindakan diambil menerusi Operasi Pengarah (Kenderaan Perkhidmatan Awam) yang diadakan bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari.

Katanya, operasi tertumpu di empat lokasi sekitar Taman Melati, pusat beli-belah Wangsa Walk, Setapak Central dan KL East.

“Dalam operasi itu, 23 pemandu ditahan terdiri daripada 10 warga tempatan selain Bangladesh (5), Indonesia (4), dan masing-masing seorang warga Afghanistan, Somalia, Mesir dan Yaman.

“Selain itu, sebanyak 112 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Antaranya berkaitan lesen memandu membabitkan 22 kes, salah guna lesen kenderaan motor (64 kes) dan cermin gelap (21 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Media sebelum ini melaporkan, JPJ mengesan taktik pemandu kereta sapu yang menawarkan tambang lebih murah di aplikasi Telegram dan WhatsApp kepada penumpang.

Pemandu terutama warga asing menjadikan universiti awam dan kolej swasta di sekitar Kuala Lumpur, sebagai lubuk mencari pelanggan terdiri daripada penuntut.

Bukan itu saja, terdapat juga pemandu di kalangan penuntut yang menawarkan khidmat sama dipercayai bagi mencari ‘duit poket’.

Sumber – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading