Cheremi Tarman sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang baharu

 

Oleh Pena Merah

Cheremi Tarman sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang baharu
CHEREMI Tarman menerima surat pelantikan sebagai Datuk Bandar Shah Alam daripada Haris Kasim dekat Pejabat SUK Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. – Gambar Pejabat Korporat SUK

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Cheremi Tarman dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Ke-11 berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan beliau menggantikan Dr. Nor Fuad Abdul Hamid yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pengangkutan.



Pengumuman itu dibuat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor selepas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim menyerahkan surat pelantikan kepada Ceremi dalam satu majlis ringkas dekat Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi tadi.

Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Datuk Bandar yang mengangkat sumpah pada 10 Januari tahun lalu dan juga pernah memegang jawatan-jawatan lain sebelum ini seperti Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPK).

Cheremi merupakan graduan kejuruteraan awam dari Universiti Louisiana State, Amerika Syarikat yang juga pernah berkhidmat di pelbagai jabatan lain.

-Utusan-



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button