Esok penentuan kes AMLA Najib Razak
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Esok 19 Januari 2024, adalah hari penentuan samada kes AMLA membabitkan Dato Sri Najib Razak akan diteruskan atau tidak.
Kes tersebut telah memakan masa selama 5 tahun tanpa sebarang perbicaraan.
Di dalam undang-undang jenayah, ‘double jeopardy’ menerangkan bahawa seseorang itu tidak boleh dihukum untuk kesalahan jenayah yang sama lebih dari sekali.
Selepas tertuduh itu didakwa di Mahkamah serta disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara (atau denda atau sebagainya) ataupun dibebaskan oleh Mahkamah (dan tiada sebarang rayuan daripada pendakwa mahupun tertuduh itu sendiri) maka tamatlah atau terhentilah segala dakwaan mengenai jenayah itu di masa hadapan. – Sumber – Facebook Nik Ainul
Sebelum ini, pihak pendakwaan cuba untuk menangguhkan kes tersebut pada tarikh yang mereka tentukan, namun Hakim menolak permohonan tersebut.
Hakim berpendapat sudah cukup masa diberikan kepada pihak pendakwaan dan sepatutnya mereka sudah bersedia dengan segala maklumat yang sepatutnya bagi meneruskan kes ini.
Penangguhan kes SRC RM27 juta ini perlu kerana bukti di dalam kes ini saling berkaitan dengan kes SRC RM42 juta dan ia turut membabitkan jejak wang yang sama. – Laporan – 28/7/2021