Pacu industri jadi lebih berdaya saing

Pacu industri jadi lebih berdaya saing

Pacu industri jadi lebih berdaya saing
INISIATIF insentif cukai khas disambut baik banyak pihak berikutan mampu merancakkan aktiviti ekonomi negara terutama dalam industri pembinaan, pengeluaran dan sebagainya.

Kuala Lumpur: Pengenalan insentif cukai khas berdasarkan pencapaian kepada syarikat yang menumpukan aktiviti berimpak tinggi mampu menggalakkan industri lebih berdaya saing dalam negara dan peringkat antarabangsa, sekali gus melonjak ekonomi negara.

Presiden Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (Pengilang) Datuk Azman Yusoff berkata, inisiatif berkenaan amat baik berikutan merancakkan aktiviti ekonomi negara terutama dalam industri pembinaan, pengeluaran dan sebagainya.

“Saya baru saja pulang dari Jordan dan Dubai. Sememangnya diakui produk Malaysia amat dikehendaki dan ini petunjuk baik ada potensi peluang perniagaan yang luas di sana.



“Jadi dengan adanya insentif cukai berdasarkan pencapaian ini, saya percaya ia akan memberi peluang kepada syarikat Malaysia supaya membida projek luar seperti pembinaan dan eksport produk makanan kita ke luar negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan negara berpotensi lain,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, pemberian insentif cukai seumpama ini akan mewujudkan persekitaran industri lebih kompetitif dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada lebih baik.

“Saya ambil contoh industri pembinaan, dengan adanya insentif cukai ini kontraktor boleh meningkatkan keuntungan sekiranya sesuatu projek dapat disiapkan dalam tempoh masa, bajet dan spesifikasi ditetapkan sama juga untuk industri lain.

“Dengan inisiatif ini juga, syarikat dapat menganggarkan jumlah cukai lebih rendah dan dapat menggunakan lebihan pendapatan untuk aktiviti lain seperti latihan, inovasi dan penggunaan teknologi baharu.

“Saya yakin sekiranya ia dapat dilaksanakan dengan lebih adil dan saksama, keadaan ekonomi kita akan dapat membangun dengan lebih pesat,” katanya.

Secara keseluruhan katanya, pengenalan insentif cukai itu akan memberi galakan kepada industri dan mampu meningkatkan produktiviti mereka.



“Cukai insentif ini akan membolehkan mereka membuat pelaburan kepada teknologi yang dapat mengurangkan kos kebergantungan kepada tenaga buruh asing,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah


Sementara itu, Pakar Ekonomi Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, kerajaan perlu mendefinisikan atau mengklafikasikan produk atau industri yang dimaksudkan berimpak tinggi sebelum melaksanakan pemberian cukai itu.



Menurutnya, segala pemberian insentif memang bagus dan memberi galakan kepada syarikat untuk terus maju dan berdaya saing.

“Tetapi kita kena fikir adakah ia bersifat jangka pendek atau panjang atau adakah ia memberikan kesan besar kepada ekonomi kita.

“Contoh, macam dulu bila kita gunakan industri mikrocip semikonduktor, kita tak dapat apa-apa nilai tambah maknanya margin dan pelaburan kecil selain guna tenaga tidak mahir tetapi selepas 50 tahun, baru kita nampak ia memberikan hasil yang besar kepada negara.

“Hari ini, kita menjadi pengeluar semikonduktor ketiga terbesar dunia dan mikrocip bisnes Malaysia menyumbang 75 peratus daripada pasaran dunia,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?


Justeru katanya, kerajaan perlu melihat kesan secara menyeluruh termasuk mengenal pasti produk atau industri mana memberikan impak tinggi kepada ekonomi negara.

“Maknanya, definisi kita tidak perlu ketat macam apa yang kita anggap sebagai strategik kerana kadangkala benda tak strategik pun pada awalnya boleh menjadi strategik.



“Jadi, kita perlu wujudkan sesuatu yang berbeza dan ini mungkin boleh dibawa usahawan yang mempunyai pemikiran jauh,” katanya.

Katanya, kerajaan perlu bersikap liberal dengan memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu selain memberi insentif supaya mereka boleh bergerak ke hadapan.

“Kesimpulannya, kita perlu wujudkan lebih banyak insentif seumpama ini untuk menonjolkan idea baharu yang mungkin tak terfikir kerajaan semasa membuat rancangan jangka panjang,” katanya.

Di bawah Ekonomi Madani, kerajaan akan memperkenalkan insentif cukai baharu berdasarkan pencapaian kepada syarikat yang menumpukan aktiviti berimpak tinggi. Insentif ini bertujuan menyokong dan memberi ganjaran kepada syarikat berkenaan berikutan mereka menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

Pacu industri jadi lebih berdaya saing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading