15 penumpang, 2 pemandu selamat bas ekspres terbakar

Oleh – Syeikh Baran


15 penumpang, 2 pemandu selamat bas ekspres terbakar
Sebuah bas ekspres terbakar di Kilometer 375.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara awal pagi tadi, – Foto ihsan Bomba

Sebuah bas ekspres dipercayai dari Johor menuju utara yang membawa 15 penumpang terbakar di Kilometer 375.4 Lebuh Raya Utara Selatan ( PLUS) arah utara dekat sini, awal pagi tadi.

Semua 15 penumpang bersama dua pemandu bas ekspres dua tingkat itu bagaimanapun terselamat.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 5.19 pagi, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dibantu BBP Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi.

“Terdapat 17 mangsa membabitkan 14 lelaki dan tiga wanita termasuk dua pemandu bas berjaya keluar daripada kenderaan itu.

“Bas terbabit terbakar kira-kira 80 peratus dan semua penumpang tidak mengalami kecederaan,” katanya mengesahkan punca kejadian masih disiasat.

Sumber – Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button