Jam tangan mewah, mantan Gabenor ditahan
Oleh – Syeikh Baran
Pelakon aksi Hollywood, Arnold Schwarzenegger ditahan di lapangan terbang Munich, semalam, kerana gagal mengisytiharkan jam tangan berharga.
Pelakon kelahiran Austria dan bekas gabenor California, 76, itu ditahan selepas tiba dari Amerika Syarikat (AS).
Jurucakap kastam, Thomas Meister berkata, Schwarzenegger dijangka meneruskan perjalanannya namun “jam tangan itu mungkin perlu ditinggalkan”.
Prosiding jenayah sudah dimulakan terhadap bintang “Terminator” dan bekas ikon bina badan kerana mengelak cukai.
Cukai sepatutnya dibayar kerana Schwarzenegger berhasrat untuk menjualnya di Kesatuan Eropah (EU).
Jam tangan mewah itu akan dilelong pada majlis makan malam bagi mengumpul dana untuk inisiatif iklim Schwarzenegger di Kitzbuehel.
Jam tangan itu dilaporkan ditempah khas untuk Schwarzenegger oleh pembuat jam tangan mewah Switzerland Audemars Piguet. – AFP
Sumber – Berita Harian