Australia tempah tiket ke pusingan kalah mati

Oleh – Syeikh Baran


Australia tempah tiket ke pusingan kalah mati

Australia mengikut jejak pasukan tuan rumah dan juara bertahan Qatar mara ke pusingan 16 Piala Asia selepas menang tipis 1-0 ke atas Syria hari ini.



Jackson Irvine menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-60 yang juga jaringan keduanya di kejohanan itu selepas menolak bola masuk dari jarak dekat.

Socceroos kendalian Graham Arnold mara ke peringkat kalah mati dengan baki satu perlawanan tetapi mereka perlu beraksi lebih baik jika mahu menjulang trofi Piala Asia kali kedua.

Pasukan itu hanya berjaya melakukan dua percubaan yang menepati sasaran sepanjang perlawanan.

Arnold yang membawa Australia melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar sebelum tewas 1-2 di tangan Argentina yang muncul juara menafikan anak buahnya bernasib dalam perlawanan menentang Syria.



“Kami tahu mereka akan memberi kesukaran dan saya sangat gembira dengan prestasi pemain pertahanan kami.

“Secara keseluruhan saya tahu kami boleh meningkatkan lagi prestasi dan kami akan memperbaiki kelemahan tetapi ia sesuatu yang positif apabila berjaya mara ke pusingan kedua,” kata Arnold.

India menentang Uzbekistan dalam satu lagi aksi kumpulan sama malam ini.

Syria yang menduduki ranking lebih rendah hampir mencipta kejutan ketika permainan memasuki minit kelima selepas percubaan pemain kelahiran Colombia Pablo Sabbag nyaris membolosi gawang Australia.



Australia yang menewaskan India 2-0 pada aksi pertama kembali memperkemaskan permainan namun ketangkasan pertahanan Syria serta ketumpulan penyudah menghampakan mereka.

Namun Irvine menyelamatkan maruah pasukannya dengan bijak menolak bola masuk di celah kaki penjaga gol Ahmad Madanieh untuk jaringan kemenangan Australia.

Perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B berlangsung Selasa ini dengan Australia menentang Uzbekistan manakal India berdepan Syria. – AFP

Sumber – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading