DBKL gempur peniaga warga asing di Jalan Alor

Oleh – Syeikh Baran


DBKL gempur peniaga warga asing di Jalan Alor
DBKL menggempur peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan di Jalan Alor, Bukit Bintang

Selepas beberapa siri serbuan di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menggempur peniaga warga asing yang masih berdegil menjalankan perniagaan mereka di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini.

Operasi tersebut membabitkan Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Pejabat DBKL Cawangan Bukit Bintang selain Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL.



DBKL gempur peniaga warga asing di Jalan Alor
Barangan dan peralatan disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan operasi bermula jam 6.30 petang pada Khamis dan tindakan khas itu dilaksanakan mengejut membabitkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan termasuk penjaja makanan, minuman, aksesori, pakaian dan lain-lain aktiviti perniagaan.

Menurut kenyataan, antara kesalahan dilakukan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua tindakan sita itu diambil mengikut peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

DBKL gempur peniaga warga asing di Jalan Alor
Antara kesalahan dilakukan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing

DBKL turut mengeluarkan satu notis penguatkuasaan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, dua notis kompaun penjaja tanpa lesen dan dua notis kompaun atas kesalahan melantik pembantu gerai warga asing mengikut UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.



“Barangan dan peralatan disita akan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi,” katanya.

Sumber – Sinar Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button