Keldai akaun ditahan polis
Oleh – Syeikh Baran

Polis menahan seorang lelaki semalam kerana disyaki keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM110,000 dalam kejadian di Sungai Korok, di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di Sungai Nibong, dekat sini oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya.
“Mangsa dipercayai melakukan transaksi ke tiga akaun secara dalam talian hingga menyebabkannya kerugian RM110,339.61. Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket penipuan itu,” katanya.
Lelaki itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA
Sumber – Berita Harian