Jam tangan sebabkan Arnold Schwarzenegger kena tahan dilelong

Oleh – Syeikh Baran


Jam tangan sebabkan Arnold Schwarzenegger kena tahan dilelong

Jam tangan yang gagal diisytihar pelakon aksi Hollywood, Arnold Schwarzenegger hingga menyebabkan dia ditahan di lapangan terbang Munich, Rabu lalu berjaya dijual pada harga €270,000 (RM1.38 juta).



Ia terjual dalam majlis makan malam di Austria anjuran badan amalnya, Schwarzenegger Climate Initiative dan turut dihadiri Duta Iklim Amerika Syarikat (AS) John Kerry serta pihak berkaitan lain.

Acara itu yang turut melelong lukisan dan barang perhiasan mengumpul keseluruhan €1.31 juta (RM6.74 juta).

“Di tengah-tengah perjuangan berterusan menentang pencemaran, saya juga menyaksikan kemajuan yang sudah dicapai. Kami sudah pergi jauh. Hari ini, begitu ramai orang berada di sini untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyertai perjuangan saya menentang pencemaran,” kata Schwarzenegger, 76.

Bekas gabenor California itu berdepan jenayah cukai apabila gagal mengisytihar jam tangan jenama Audemars Piguet dengan kastam sebaik tiba di lapangan terbang Munich dari Los Angeles, Amerika Syarikat.



“Beliau tidak mengisytihar produk. Produk yang diimport dari negara bukan Kesatuan Eropah (EU) untuk kekal di EU. Dan proses ini terpakai kepada semua orang,” kata pegawai akhbar kastam, Thomas Meister.

Bintang Terminator itu dilepaskan selepas dua jam siasatan serta bersetuju membuat bayaran awal cukai. – AGENSI

Sumber –  Berita Harian
 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading